Sunday, May 30, 2010

Projek di hari minggu

Lyza sebenarnya dh lama tertarik tengok apam bercorak dot dot nie... mcm2 kaler ade..menarik sangat. Mcm telor dinosaur pon ade..hehe.. Comel sgt2.. kebetulan lyza terjumpa blog K Norli & K Ita ...terpegun tgk apam yg nampat cute sgt tu.. Minta izin ye Kak Norli & Kak Ita (Azita Kitchen).. lyza paparkan kt sini. Apam yang berinti blueberry tu mmg sedap. Babah & 2 hero lyza pon suka apam ni.. colourful gitu.. jom layannn..
    Sebelum dikukus...

APAM DOT DOT

Bahan-bahan (lebih 100 biji papercup kecil) :

3 biji telur (Gred B) - dari peti sejuk

275 gm Tepung gandum

220 gm Gula castor

150gm Susu segar (lyza guna full cream Dutch Lady)

3 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil ovallete

Filling blueberry secukupnya

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Letakkan inti (blueberry filling) secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. (Untuk mendapatkan dot dot tu..just ambil adunan yg berlainan warna yg ada d piping bag yg d potong lubang kecil (bulat) ...just pump few dots on top of the adunan ..ikut lah berapa dot yg anda suka......) kemudian kukus 15 hingga 20 min.. 
 
SELAMAT MENCUBA..

Kek Coklat moist

Kek Coklat moist + Coklat ganache ni request dari hubby untuk wat makan2 di rumah kwn2 yang dh tamat tempoh perkhidmatan dari tpt kerja hubby. Pening gk..nk tulis ape kt atas kek ni.. hubby suh tulis apa2 je..janji x kosong atas kek tu..hehe..hrp2 kwn2 dia suka..

Wednesday, May 19, 2010

Cuppies utk Hari Guru

Simple deco cupcake untuk Cikgu Hairina & Cikgu Rohana (Sek. Ren. Keb. A.U Keramat, KL)
(Coklat moist + topping coklat fudge)

Saturday, May 15, 2010

Sponge cake

Salam semua. Sempena menyambut hari ibu 9 May 2010 yang lepas. Lyza sempat siapkan 3 biji kek juga cup cake untuk ibu ku tersayang dan sorang Makcikku dan kakak iparku. Semuanya last minit. Alhamdulillah berjaya juga ku menghiaskan kekku w/pon x secantik mana nie...hehe.. (biasala org baru belajar..hehehe..). Di sini juga lyza sertakan resepinya ye...selamat mencuba...8-)

SPONGE CAKE
Bahan-bahan :
500 gm     Sponge Cake Mix
8 biji         Telur (Gred B)
100ml        Air
100ml       Minyak masak atau minyak jagung

Cara-cara

1. Masukkan Tepung Sponge Cake Mix dan Telur ke dalam mixer dan pukul hingga gebu (anggaran 7-8 minit)

2. Kemudian masukkan Air sedikit2 pukul lagi hingga sebati.

3. Akhir sekali masukkan Minyak terus pukul hingga kental dan pekat.

4. Tuangkan kedalam acuan bulat 7" x 7" yg telah dilapik kertas gris.

5. Bakar selama 25-30minit. Suhu 180C. Gunakan Api atas-bawah.

6. Keluarkan kek serta-merta setelah siap dibakar.

7. Biar sejuk dan hiaslah ikut citarasa.

(Note : Resepi ni boleh dpt 4 biji kek jika gunakan acuan 7" x 7" - timbangkan 250g setiap satu)

RESEPI BUTTERCREAM

Bahan-bahan :

250 gm Mentega
750 g Krimwell
500g Gula
125g Air

Cara-cara :

1. Gula + Air dimasak sehingga mendidih. Tutupkan api dan perahkan limau nipis atau buah lemon supaya air gula menjadi pekat dan sejukkan.

2. Pukul Mentega dan Krimwell hingga ringgan dan gebu (anggaran 7-8 minit).

3. Masukkan sedikit air gula dan putar hingga sebati. (Bila tuangkan air gula boleh agak2 kemanisannya tak perlu tuangkan semuanya).

Tuesday, May 11, 2010

Kelas Steam Butter Cream Kat Bakewell, Gombak

Salam semua. Pada Sabtu lepas, liza ikuti workshop Steam Butter Cream kat Bake Well, Taman Sri Gombak. Skrg ni berkobar2 nk belajar deco je..hehe.. Alhamdulillah Chef Alan Ooi mmg sempoi..sian lak kt dier..kelam kabut sikit..maklumla student lak ramai aritu..

Kwn2 baru..Marlina, K. Sara, Izzah yg x kurang hebat jugak.. Boleh di katakan sumer student yg ikuti kelas ni nampak hebat2 gk men'deco' kek masing2.. adoiii segannyerr dennn...yg masih tgn 'keras' nie.. Apa2 pon seronok bile dh siap dan melihat hasilnyerrr..

Tuesday, May 4, 2010

Pai Ayam (Chicken pie)

Salam semua. Pai ayam ni liza buat hari minggu aritu. Walaupon leceh sikit tapi hasilnyaaa.. Hmmm.. jomla layan pic kt bwh ni dan liza sertakan resepinya sekali.
Bahan-bahan pastri:

500 gm tepung gandum
50 gm butter
10 gm garam
200ml Air

250 gm Pastry Margerine (klu nk lebih sedap boleh gunakan Croissant pastry)

Cara menyediakan pastri

1.Campurkan Mentega dan tepung buat seperti breadcrumb.

2. Masukkan air yang telah dicampukan dengan garam. Uli adunan sampai sebati. Bulatkan seperti dough.
 Jika adunan lembek sedikit, simpan sebentar dalam peti sejuk dalam 20 minit.

3. Canai memanjang setebal 1 cm kemudian taruhkan pastry margerine. Rehatkan selama 10 minit.

4. Lipatkan lagi  3 atau 4 kali kemudian rehatkan 15 minit.

5. Letakkan terapkan adunan yang dicanai tadi dalam loyang pai dalam aluminium foil.

Bahan-bahan inti/filling

100 gm butter
2 helai daun bay (bay leaves)
3 biji Kentang - dipotong dadu --> direbus sampai empuk.
1 tin cendawan butang - dipotong dadu
500 gm isi ayam -dipotong dadu
200 gm whipping cream
250 gm sayur campur (mixed vegetable) – jika suka
3 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam (jika suka)
2 biji bawang besar - diptotong dadu.
2 biji bawang putih - ditumbuk
1 kiub perasa ayam maggi
sedikit garam dan gula.

Cara menyediakan.

1. Panaskan butter. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan.

2. Masukkan daun bay dan ayam dan kacau rata sehingga ayam masak.

3. Masukkan Kentang,cendawan butang dan sayur campur. Kacau rata.

4. Masukkan Whipping cream, kiub ayam, garam, lada sulah dan lada hitam serta tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga kering dan sejukkan sebentar.

5. Panaskan oven pada suhu 180C.

6.Masukkan inti atas pastri. Kemudian tutupkan dgn kepingan doh yang sudah diterapkan dan cucukkan dengan garpu diatas pie dan sapukan kuning telur.
                                                      
7.Bakar pai selama 45 minit atau sehingga kulit pastri pai berwarna keperangan.

Chocolate Moist Cake

Kek ni Liza wat untuk sambut besday 'huby' minggu lepas. Copy & paste dari fotopage Kak Rinn Chan. Memang huby & anak-anak suka sangat. Cam citer Kak Rinn juga, mula-mula tu malas nak letak topping tapi anakku yg sulong Shamil sibuk komplen, suruh salut dgn coklat tapi ibunya suka kek kosong aje. Untuk taknak menghampakan permintaan dia jadinya Liza wat jugakla topping coklat tuu.. Ada versi cupcake lagiiii...hehe..

CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : Kak Misliha

Bahan-bahan :

250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovallete
6biji telur

Diayak :
250gm tepung
2 tsp baking powder
1½ tsp soda bicarbonate

Bahan2 paste
1 cawan serbuk koko
1¼ cawan air
60gm gula castor
1tbsp serbuk nescafe segera - optional

TOPPING CAKE

300 gm Cooking Chocolate

200 gm Whipping Cream

1 tsp butter

Cara-cara:

1. Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang, masukkan telur satu persatu.

2. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate + baking powder berselang seli dengan paste.

3. Bakar pada suhu 170 darjah, selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 darj bergantung pada oven masing-masing.

Triffle lagiii..

Kebelakangan nie.. ramai kawan-kawan liza yang request suh buatkan 'triffle' ni.. kene lak hati cuti umum..(Hari Pekerja)..K Heri, Aida, Intan, Jue & Eddy order utk wat makan2 kat umah. Makan triffle ni sedap di makan pas makan tenghari atau sbg pencuci mulut. Linda order 100 utk majlis berkhatan anaknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...