Monday, May 28, 2012

Menuntut ilmu lagi..terapi hilangkan stress..hehe

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..semalam sempat lyza menuntut ilmu kat Bakewell, Tmn Sri Gombak. Seronok bila dpt belajar dan jumpa kwn2 baru yg punya minat yg sama..bulan puasa dh x lama lagi..bila bau harum biskut yg dibakar..rasa mcm mood raya lak..hehe..

Pic kat bawah ni..ada 10 jenis biskut yang telah diajar oleh Chef Zubaidah.. ramai gak yg datang..biskut yg diajar pon semua best2 dan ranggup..

Apa2 pon.. jom layan pic kt bwh...




Monday, May 21, 2012

KUIH PUTERI AYU

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua teman2 blogger dan semua pengunjung semoga sihat sejahtera hendaknya.

Entri kali ni pula resipi Kuih Puteri Ayu a.k.a Tiwul Ayu antara kuih favourite.. juga KIV sekian lama..barula berkesempatan nak buat. Cuma Lyza buat 3 kaler...biar nampak ceria sikit..

Thank you..Kak Azita sudi berkongsi resepi..mmg sedap lebih2 lagi makan di ptg2 hari..kejap je dah 'selamat'..hehe

Resepi yg original boleh tengok di sini.



Bahan-bahan ( 40 biji - bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan 

  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi) 
 

Cara-cara

  • Panaskan kukusan.  
  • Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati. 
  • Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. 
  • Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit. 
  • Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.



Kuih Bahulu

Assalammualaikum.. Minggu lepas baru berkesempatan cuba buat bahulu..nampak cam senang je kan? Tapi ayooyoo..mesti ada kesabaran yg tinggi..kalau nak hasilkan bahulu yg cantik..

Byk tip2 yg perlu tahu masa nak buat kuih bahulu..Tips2 di bwh..lyza c & p dari resepi Bahulu cermai..tuntung15@myresipi.com...cuma resepinya lyza copy dari kelas masak..yg pena lyza join dulu..baru pertama kali nk buat CSI..setelah sekian lama resepi ni terperap..

Yang penting sekali..masa memukul telor, gula kene betul2 pekat ye. Pastikan jugak tepung disangai..biar tepung betul2 ringan. 

Ada jugak petua..adunan telor jgn campurkan tpg dulu..bile nk bakar barula masukkan tpg..biar bahulu x jadi keras..insyallah klu ada kelapangan nnt..lyza nk cuba gk cara tu..

P/S : Makan bahulu ni jgn gelojoh ye..nnt tercekik..x dapek nk nolong..

Apa2 pon..Jom layan pic kt bwh..


Bahan-bahan

  • 4 biji telur gred B
  • 115gm gula Castor (dipanaskan dlm oven sebentar - biar suam2 kuku)
  • 1/4 tsp serbuk vanilin
  • 105gm tepung gandum (disangai terlebih dahulu)
  • 1/4 tsp baking powder 
  • 1/2 tbsp Ice cream soda (x letak pon x pe)
  • 1/2 tsp Ovelette (optional)

 

Cara-cara

  • Pukul telur + gula + Ovelete sehingga betul2 kembang dan pekat dengan kelajuan tinggi selama 30 minit.  
 
  • Ayakkan tepung dan baking powder kedalam adunan dan juga masukkan air soda dan esen vanila. Kacau adunan dengan spatula.  
  • Tips 1. Sebelum bakar bahulu, sapukan acuan dengan minyak dan panaskan dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan. 
 
  • Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan. 
 
  • Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah. 
 
  • Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejap je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung. 
 
  • Update
  • Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti. 
  • Api Atas-bawah dan letakkan acuan pada tray yg bawah sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...