Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Roti Naik

Assalamualaikum...Salam sejahtera. 

Malam tadi..tiba2 teringin nk buat roti..ni kali ke2 lyza cuba resepi ni..lyza pernah terpandang resepi ni di umah CMC.. tp x sempat nk buat. Lepas tgk roti naik ni kat umah ros..terus berkobar2 nak mencuba. Sama mcm ros..lyza pon buat 1/2 adunan dari resepi roti ni..

Ada yg sebut roti paun tapi kalau di Johor.. mmg biasanya di panggil Roti Naik jer... Hasilnya mmg lembut, gebu & sedap. Lebih2 lagi dapat makan roti yang panas2..mmg mengancam..8-)





ROTI NAIK


Bahan-bahannya(utk separuh adunan)

400 g tepung roti(200g tepung roti)
100 g tepung Hong Kong(50g tepung gandum)
250 ml air(100ml air)
50 g susu tepung(1 sudu besar susu tepung)
3/4 camca teh bread improver
180 g gula perang (brown sugar)(3 sudu besar gula)
100 g mentega(2 sudu besar butter)
11 g yeast segera(1 1/2 sudu kecil yis)
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning(lyza x letak)

(sama cam ros..cuma lyza masih masukkan bread improver dan sebiji telur, 3/4 biji masuk dlm adunan, bakinya …

Cekodok@Jemput2 Pisang

Assalamualaikum... Hari ni lyza tepek resepi paling senang dan simple. Mudah untuk disediakan..x payah nk bersilat2 kt dapur..hehe. Mmg kuih yg di gemari seisi keluarga. Kejap je licin. 

Kalau mak lyza buat adunan jemput2 ni..x payah nk sukat2..dh jadik..sedap je..Cuma ari ni lyza nk mencuba resipi jemput2@cekodok pisang Kak Ct. Tq Kak Ct sudi share resipi ni..8-)





Cekodok@Jemput2 Pisang
Resipi: Che CT

bahan-bahan:
3-4 biji pisang berangan masak ranum - lecek halus (apa2 pisang pun boleh juga)
1 biji telur - kacau sebentar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan tepung gandum atau ikut kelembutan adunan.
Garam secukupnya
4 sudu besar gula kastor


Cara2 :

1. Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam, ketepikan.


2. Campurkan pisang lecek bersama gula secukupnya. Kacau rata.


3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit2 dan kacau rata. (boleh juga kalau nak tambah air, tapi sedikit saje)


4. Panaskan minyak. Ambil sedikit adunan dengan sudu kecil atau jemputk…

KEK LAPIS IDOLA

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni lyza nak berkongsi tentang Kek Lapis Idola yg lyza buat baru2 ni..ada kelainan sikit .
Resepinya lyza copy dari aabaizura@myresepi. Walaupon terpaksa dok berjam2 depan oven melapis kek ni sampai siap..dan hasilnya sedapp...alhamdulillah. Jgn  keliru ye..bahagian tgh (coklat) mesti dibakar selapis2 jugak. 
Cuma pengajarannya..kek lapis ni pastikan betul2 sejuk sebelum potong ye. Kek lapis ni lyza potong masa kek belum betul2 sejuk..sebab x sabar nk tgk jalur2 tu..comot sikit.



SUMBER :  aabaizura@myresipi.com 

Bahan-bahan (Acuan 8" x 8" x 3')

• 10 biji telur
• 16 oz mentega
• 200 gm horlick
• 80 gm sri kaya
• 50 gm serbuk santan
• 600 gm coklat masak
(atau 5 sudu makan coklat nutella)-my mum prefer nutella sebab mmg lagi sedap dr biasa
• 1 tin kecil susu manis
• ½ gelas milo
• 1 ½ gelas gula halus
• 2 gelas tepung hong kong/tepung halus
• 1 sudu vanilla
pewarna kuning

Cara-cara
Pukul mentega dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu pe…