Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..


Assalammualaikum dan salam sejahtera..insyallah esok kita akan menunaikan ibadah puasa.. dikesempatan ini..lyza ingin ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua rakan2 dan semua yang sentiasa mengikuti blog ini. Andai ada salah dan silap..lyza ingin memohon seribu kemaafan. Jadikan bulan puasa ini bulan yang mulia dan tempuhilah dengan penuh kesabaran.....

Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu keinsafan dan keberkatan kepada kita semua..aminn..





Thursday, July 4, 2013

Kuih Siput


Assalammualaikum dan salam sejahtera.. tinggal 2 hari je kita akan menyambut bulan Ramadhan..pastinya ada yang dah buat persiapan utk menyambut bulan yg mulia ini.

Hari ni lyza nk kongsi resepi kuih siput antara yang mmg favourite lyza. Mmg klu kuih goreng2 camni mmg laju je klu kunyah sure x berhenti..hihi..resipi ni lyza kuih siput ni lyza amik dr umah CendanaKasih.blogspot.com.

Tq  sudi kongsikan resipi ni...8)


KUIH SIPUT RANGUP
Sumber : CendanaKasih@blogspot.com

Bahan2

100g Butter
2 cawan Tepung Gandum

Bahan2 kisar

10 tangkai cili kering - dibuang biji
2 tangkai daun kari - dihiris halus
1/2 biji telor
1 sudu teh jintan manis - dikisar
satu paket udang kering - dlm 20 ekor  (direndam dlm air panas dan dikisar)
2 biji bawang kecil - dikisar
1 cawan air
Garam, perisa secukupnya

Minyak secukupnya utk menggoreng


Cara2


  • Gaulkan butter dan tepung hingga jadi serbuk roti.
  • Masukkan bahan2 yang dikisar ke dlm tepung dan mentega tadi.
  • Masukkan garam dan perisa
  • Uli bahan2 hingga sebati. (kalau adunan lembik boleh tambahkan sedikit tepung).
  • Cubit sedikit adunan dan gelek atas acuan kuih siput.
  • Goreng dengan minyak yang panas hingga kekuningan.















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...