Thursday, September 12, 2013

Roti sosej

Assalammualaikum..

Salam sejahtera buat semua. Kali ni lyza saja nak share pics roti sosej yg lyza buat ari sabtu lepas. Jom kali ni kita meroti pulakkk...hihi. Mudah dan sedap. Lebih sedap kalu di makan panas2..

Request dari anak2..kebetulan ada sosej dlm peti sejuk. Resepi roti ni pula... mmg ada dlm simpanan lyza..memang berbaloi2..tak payah nak beli kat luar. Doh yang dihasilkan ada dlm 26 biji setelah ditimbang - 40g setiap doh.

Klu x larat..doh yang telah siap diuli dan ditimbang tadi bolehlah disimpan dlm peti sejuk (bahagian beku). Klu nak guna barula keluarkan dan biarkan doh roti kembali lembut (suhu bilik)..pastu bolehla ulikan balik.

Jom layannnn...8)






Cara2 membalut & memotong..Ambil sedikit doh yg telah diperap. Canaikan leper dan dibalut pada sebatang sosej. Biarkan ada lebihan doh pada sebelah bahagian sosej tadi. Ambil pisau dan hiris sosej seperti bentuk sikat. Bentukkan roti seperti di atas dan  sebelum taburkan sedikit mixed vegetable.... (sila lihat cara pada pic dr buku Chef Alex Goh ni) - pic ni lyza copy dr blog bro rozzan.



RESEPI ROTI SOSEJ


Bhn doh2:
500g tepung roti 
100g gula kastor 
5g garam 
5g @ 1 tsp bread improver
5g @1 tsp bread softener (klu x de x pe)
10g @ 1tbsp yeast (instant mauripan)
100g @ 2 biji telor B
10g @ 1tbsp susu tepung 
210g air sejuk
100g Marjerin/butter 

Topping: 
hot dog secukupnya
mixed vegetable
sos cili
mayonis

Bahan sapu :
sebiji telor
sedikit air (agak2 ye) 


Cara-cara

1) Masukkan semua bahan2 di atas kecuali marjerin ke dlm mangkuk adunan dan ulikan selama 10 minit.

2) Masukkan marjerin dan ulikan lagi selama 5 minit atau sehingga adunan x melekat pada mangkuk adunan.

3) Rehatkan doh selama 5 minit dan tutupkan dengan plastik wrap sebentar.

4) Timbangkan dan bahagikan 30g atau 40g setiap satu doh.

5) Bulat2kan doh. Susunkan pada dulang pembakar dan biarkan lagi selama 45 minit atau sehingga doh naik 2x ganda.

6) Ambil doh yang dh siap ditimbang tadi dan canaikan leper diameter lebih kurang 10cm, letakkan sosej di tengah dan balutkan pada sebatang sosej tadi.

7) Ambil pisau atau guting, potongkan pd bahagian sosej seperti bentuk sikat. (boleh tengok pic di atas ye)

8) potongan pertama tarik ke atas sedikit,  potongan kedua tarik ke kiri..potongan kedua tarik ke kanan. (cara bersilang)

9) Susunkan doh yg dah siap tadi didlm dulang pembakar yang dah disapu dengan sedikit marjerin. Biarkan lagi sampai doh naik 2 x ganda dan barulah sapukan atas permukaan doh dengan bahan sapu (telor + sedikit air) - utk kilatkan doh. 

10) Taburkan sedikit mixed vegetable dan paipkan sos cili dan mayonis.

11) Bakarkan pada suhu 180C selama 25 hingga 30 minit atau sehingga kekuningan.

12) Sejukkan dan sedia utk dihidang.

Selamat mencuba..







Wednesday, September 4, 2013

Biskut Coklat chip

Assalammualaikum... dan salam ceria untuk semua. Sebenarnya lyza masih lagi dalam mood raya walaupon syawal tinggal 2 hari je lagi..8( 

Tgk pic biskut raya je dah teringat2 masa nk siapkan biskut sebelum menyambut hari raya tempohari..mmg bersemangat waja.. hehe lebih2 lagi bile dengar lagu2 raya..langsung x rasa letih berpuasa.

Hari ni lyza nak berkongsi resipi yang agak lama dalam simpanan. Mmg amat senang nak buat dan menjadi peberet kami sekeluarga selain biskut almond london yg mmg wajip ada. Masa lyza kecik2 dulu mak lyza mmg ada ambik ode untuk biskut nie..cuma kos cawan aluminium foil agak mahal sikit..mak kata x berbaloi klu jual baik buat makan sendiri je. 

Okla...jom kita tgk resepinya ye..



BISKUT COKLAT CHIP

Bahan² 

250g butter

60g gula kastor

400g tepung gandum/tepung 
serbaguna/tepung top 
(klu ikut resepi asal gunakan tepung top)

100g gajus kisar

1 sudu besar susu tepung

1 sudu besar tepung jagung 

Untuk menyalut biskut

cawan aluminium foil secukupnya
coklat masakan secukupnya.


Cara² 
  • Pukul gula dan mentega hingga sebati. (lyza guna senduk kayu je).
  • Masukkan susu tepung, gajus kisar dan tepung..kacau hingga semua bahan sebati dan lembut. (pastikan adunan x melekat pd mangkuk adunan ye).
  • Ambil sedikit adunan dan dibulat2kan kecil tekan pada cup. (Jgn besar2 ye..sebab nnt adunan akan kembang lepas dibakar nnt).
  • Bakar pada suhu 150c dalam 20 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
  • Setelah biskut perang, angkat dan sejukkan seketika.
  • Cairkan coklat masak dengan kaedah double-boil. Sudukan coklat cair tadi ke atas biskut yg sudah disejukkan terlebih dahulu tadi dan hentak2kan sikit biar coklat rata x de bubble. 
  • biarkan coklat kering dulu sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.

(p/s : Klu nk coklat cepat kering..bolehla masukkan biskut yg dah dicelup tadi ke dlm peti sejuk sekejap..awas jgn biarkan lama nnt coklat jadi berpeluh..)


SELAMAT MENCUBA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...