Monday, January 27, 2014

Kerepek ngaku @ arrowhead


Assalammualaikum..

Semalam baru cuba buat kerepek ngaku ni.. first time rasa...mmg sedap. Dulu klu jenjln kt Tesco, Carrefour nampak gak buah ni tp cuma jeling jela.. ramai kaum wanita cina yg sibuk memilih buah ngaku ni utk dibeli. Dalam hati..mmg tertanya2 apa diorg buat dgn buah tu??

Bila tgk ramai kwn2 blogger dah cuba buat kerepek ngaku ni antaranya Kak Yatie @ Sinar kehidupanku, Kak Lina @ Terminal hijrah...teringin lak lyza nak cuba buat sendiri..nak cuba rasa..ttg kerangupan buah ngaku ni. Ada kawan2 chinese kata buah ngaku ni diimport dari China..biasanya musim chinese new year je ada buah ngaku ni. Kalau nak beli dah siap agak mahal jugak..baik buat sendiri..katanya.

Senang je rupanya..mmg berbaloi klu buat sendiri di rumah. Cepat dan paling penting sekali 'fresh'...lepas goreng terus ngappp...hehe.


Inilah rupa buah ngaku@arrowhead tu..

Kupas dulu kulitnya dan basuh bersih2...tp jgn dibuang 'jambulnya' ye..supaya senang nak sagat nnt.

Sagat yang dibeli kt Carrefour semlm...

Sagat perlahan-lahan ye...takut terluka lak tangan...

Lepas basuh...tapiskan dulu..

Panaskan minyak dulu...pastu barulah boleh goreng..

Taraaaaa....dah siappppp....


KEREPEK NGAKU @ ARROWHEAD
Sumber : Kak Azlina @ Terminal Hijrah


Bahan-bahan

Ubi ngaku @ arrowhead
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Sedikit garam halus




Cara2 membuatnya
  • Mula2 kupaskan kulit ngaku sehingga betul2 bersih. (kulitnya nipis saja. Tak perlu dibuang bahagian atas yang macam jambulnya tu untuk memudahkan semasa proses menyagatnya nanti).


  • Sagatkan menjadi kepingan2 nipis, pegang bahagian atas jambul & sagat perlahan2, hati2 jangan sampai tercedera tangan...

  • Rendamkan di dalam air sehingga selesai kesemuanya, toskan

  • Panaskan minyak secukupnya, minyak mestilah betul2 banyak & mencukupi

  • Apabila minyak sudah betul2 panas, masukkan kesemua ubi ngaku yang siap disagat dan gorengkan sehingga betul2 garing, tapi jangan sampai terlebih garing nanti tak sedap pulak..

  • Angkat dari minyak & toskan. Kemudian bolehlah ditaburkan sedikit saja garam halus jika suka. 

SELAMAT MENCUBA..

Tuesday, January 21, 2014

Donut kentang

Assalamulaikum... 

Dah banyak resipi yg masuk list sebenarnya tp x sempat nk buat lagi. Insyallah klu ada masa terluang boleh mencubanya nnt.

Kali ni.. lyza cuba buat kuih donat yang menggunakan kentang pulak. Popular betul resipi donat ni kt rakan2 FB.. Resipi ni lyza c n p je dari FB (kelab roti)..kes malas nk taip..hihi. Resipi ni kepunyaan Tahrunnisah Jali. Resipi Donat ni berbeza sikit sebab gunakan baking powder...sebab tula 'super gebu'..donat ni.

Terima Kasih pd Tahrunnisah Jali kerana sudi share resipi donat kentang yg 'gebu' ni dan tips2nya sekali. Lyza mintak izin ye copy di blog lyza ni dan utk rujukan sekali. Alhamdulillah..hasilnya x mengecewakan..insyallah klu ada kelapangan lagi boleh buat lagi pas ni.. 8)


DONAT KENTANG SUPER GEBU
Sumber : Tahrunnisah Jali 

Bahan2  

250 gram tepung gandum

1 biji  kentang  (direbus dan dilenyek)
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung apa2 jenama 
70-100 ml air ais
1 1/2 sudu besar shortening/marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis mauripan

*doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...


Caranya : saya guna mixer

1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan) serta last skali shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik ye, Uli selama 20 minit.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. saya letak dlm oven 25 minit ( suhu 30 C) jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam atau nak letak kat tmpt panas pun boleh..

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bentukkan doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas...masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus....angkat dan hias dengan gula atau coklat....


...SELAMAT MENCUBA...



#tips yang uli tangan

masukkan bahan2 kering dahulu ...kacau bagi sebati..masukkan telor yang dipukul terlebih dahulu dlm bekas lain yang dicampur dengan garam..

kacau guna tangan biar sebati...kemudian taruk air sikit2 ye sehingga doh tak melekat dan lembut ditangan ..kemudian baru taruk marjerin tau shortening...uli sehingga sebati...dlm 30 minit..kalu letih just uli dlm 20 minit dan 10 minit terakhir tu taruk dlm plastik ramas2kan dlm plastik..ni pun tips nak gebu kan doh
cara saya kalu malas nak guna mixer...saya guna tangan masa nak perap doh tu saya taruk dlm plastik yang agak besar dan tutupkan biar ada ruang2 sbb nanti doh nak mengembang...tarukla mana2 tmpat yang dirasakan ada hawa2 panas..dlm oven ke, kat luar ke...kat dlm dryer ke mana2 la...
siap nanti tumbuk doh tu ...n bolehla bentukkan...

#tips saya bentukkan doh

saya bulatkan doh tu comel2 20gm boleh 30 gm pun boleh taruk atas dulang yang dah ditabur gandum..
dlm 5 minit tu baru saya leper kan sikit doh bulat tu dan buat lubang tengah2...biarkan dlm 20-30 minit sehingga doh naik ....tutup ngan kain atau plastik...

#tips tuk frozenkan


saya bakar dulu donat tu dlm 6 minit..suhu 170 bergantung suhu oven msing2..tujuan nak matikan yis ...dah sejuk masuk dlm plastik ..seal n taruk dlm freezer...nak makan kluarkan biarkan suhu bilik dlm 10-15 minit baru goreng dlm minyak panas tp kawal api ye 


#tips jika doh donat nak di bentukkan pagi esok..kira malam ni buat dah tak tahan mata ngantuk tahap gaban. 

bolehla simpan lebihan baki doh tu dlm freezer ..pastikan tutup rapat2 ye samada dlm tupperware atau plastik...esoknya kluarkan dr freezer biarkan doh tu jadi lembut dan boleh diuli.

tak pun kluarkan dr freezer taruk atas periuk/bekas yang dlmnya ada air panas...supaya boleh lembutkan doh tu n uli kejap dan bentukkan. 

tak pun masukkan kejap dlm oven suhu dlm 30 darjah...atau 40 darjah...masuk kejap dah agak2 lembut kluarkan n bolehla di bentukkan.

Wednesday, January 1, 2014

Puteri Ayu Pisang Gula Melaka



Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Lyza ucapkan Selamat tahun baru 2014 semoga tahun ini membawa kebaikan buat kita dan semoga diberikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan di sepanjang tahun 2014..insyallah..aminnnn.

Hari ni..cuba nak merajinkan diri meng'update' blog yg dah sekian lama senyap sunyi ni..walau sibuk menguruskan persiapan sekolah anak2ku yg akan mula bersekolah esok..kejap je masa berlalu kan...

Oklah...hari ni lyza nak berkongsi resepi Puteri Ayu Pisang Gula Melaka dari Majalah Sedap.. mmg sedap pon dimakan panas2..separuh dari adunan tu lyza x letak inti kelapa atas permintaan anak2..kejap je licinnn.  8)



PUTERI AYU PISANG GULA MELAKA
(Sumber : Majalah Sedap bulan Mei 2013)

Bahan-bahan

75g tepung gandum
75g tepung beras
1/4 sudu teh baking powder
100g gula melaka (yang telah diracik halus)
3 biji telor A
50g santan pekat segera
50ml air
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan ovelette (yg ni lyza tambah klu ikut dlm resepi tu x letak)
100g pisang emas (dikisar)


Inti kelapa (resipi inti kelapa ni lyza ikut resepi dari blog kak Rose)
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepung ubi


Cara-cara
  • Panaskan pengukus dengan api sederhana.
  • Ayak tepung beras, tepong gandum bersama baking powder, ketepikan.
  • Putarkan  telor + gula melaka + garam sehingga betul2 kembang.
  • Masukkan ovelette putar lagi sehingga sebati.
  • Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan dan pisang sehingga habis.

  • Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  • Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa (yg sudah dicampurkan garam + tepong ubi), tekan2 dalam acuan tadi, tuangkan adunan.
  • Kukuskan selama 10 minit atau sehingga masak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...