Tuesday, February 25, 2014

PORTUGIS TART


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.. 

Hari ni saje je nak tayang Portugis tart yang baru lyza buat pada Ahad lepas. Atas permintaan anak lyza yang mmg suka makan portugis tart ni. Kesian jugak...ari2 dok tanya bila ibu nak buat Portugis Tart nie. Memandangkan dah lama x buat portugis tart ni....zzzzzzzzzzz....malasnya nak buat...hihi..

Ok...x pe. Lyza cuba "merajinkan" diri..pagi2 lepas bfast...terus singgah kedai bakery...mencari bahan2 untuk buat pastry.  Alhamdulillah.. dapatlah makan portugis tart ni.. wah.. anak2 lyza suka sgt. Insyallah..boleh buat lagi pas nie.. Jom layan pic kat bawah nie..










PORTUGIS  TART @ PORTUGUESE EGG TART

Bahan Untuk Flaky pastry : 


Bahan A
500g  Tepung gandum
250ml  Air
35g  Butter/marjerin
6g  Garam
15g Gula castor

Bahan B
300g  Pastry Margarine


Untuk buat crust :
1. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk mixer dan pukul selama 5 minit atau sehingga doh menjadi lembut.

2. Tutupkan doh dengan kitchen towel dan rehatkan doh selama 20 minit.


3. Gelek doh sehingga berbentuk segiempat tepat. Letakkan pastry margerin dan lipat. Gelek dan lipat hingga jadi 4 lapis. Balutkan doh dgn plastik dan simpan dlm petisejuk selama 15 minit.

4.Gelek lagi dan lipat menjadi 4 lapis. Balut doh dgn plastik dan simpan dlm petisejuk selama 15 minit.  (ulangkan sebanyak 3 kali).


5.Keluarkan dan gelek nipis. Potongkan doh kepada 6 bahagian dan gulungkan kemas2 doh (sama seperti swiss roll atau karipap pusing). Potongkan 0.5cm setiap satu. Gelekkan dan tekankan pada acuan tat.  


Bahan2 filling :

300g cawan susu cair @ susu segar

4 biji telur A

130g  gula castor 

35g Whipping cream (Anchor)

Secubit  Garam

1/2 tsp vanilla essence atau serbuk vanila


Cara buat filling : 

* Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga sebati. Tapis dan ketepikan. 


6. Tuangkan filling sehingga 90% penuh. 

7. Letak dulang pembakar di rak bawah. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 25 - 30 minit sehingga pastri bertukar keperang-perangan dan sehingga permukaan filling terbentuk perang. 

8. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas rak dawai. 





SELAMAT MENCUBA... 









Tuesday, February 4, 2014

Kek Chiffon Labu Kuning


Assalammualaikum....

Dah lama sebenarnya PUMPKIN CHIFFON CAKE ni dalam list cuma x rajin lagi nak buat. Kebetulan ada balance2 labu kuning semlm dalam peti sejuk. Dapatlah membuat kek chiffon yg lemak berkrim, moist dan gebu ni. 

Mmg sedap kek campuran buah labu ni.. klu nak tau..dari sudut kesihatan pula.. buah labu kuning ni banyak khasiatnya kerana mengandungi vitamin A dan C...8) 

Okla..lyza nak kongsikan bersama resepi kek chiffon labu @ pumpkin ni.. resipinya ada di dalam buku "Chiffon cake is done".. oleh chef Kevin Chai. Hasilnya mmg puas hatiii..gebu dan sedap sgt.. alhamdulillah. 


Selamat mencuba...



Campuran semua Bahan2 A...pukul sehingga adunan sebati. 

Ni pulak Bahan2 B..Putih telur dipukul smp berbuih..baru masukkan cream of tartar dan gula kastor. Pukul smp jd kental (meringue) ye. * Note...Klu boleh gunakan telur yg fresh...jgn gunakan putih telur yg sudah cair kerana susah nk kembang nnt).

Campuran Adunan B (putih telor) ke adunan A.

Sedia utk dibakar..

Masa ni...kek hampir masak..



KEK CHIFFON LABU KUNING
(Sumber: Buku Chiffon cake is done 
- Chef Kevin Chai)

Bahan-bahan:

Bahan A

6 biji kuning telur A
50g gula kastor
150ml santan (lyza guna santan kotak KARA 75g + Air 75ml)
60ml minyak masak (lyza guna gunakan minyak jagung cap Daisy)
110g labu (direbus terlebih dulu, lenyek dan timbang)
140g tepung gandum
1/4 tsp garam
30g pumpkin seeds (lyza x letak)


Bahan B

6 biji putih telur A
100g gula kastor (lyza kurangkan jadi 75g)
1/4 tsp cream of tartar


Cara-cara: 

  • Pukul kuning telur, gula kastor, garam, santan, labu dan minyak hingga sebati dengan menggunakan whisk tangan.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau rata. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk mixer, masukkan putih telur dan pukul hingga berbuih. 
  • Masukkan pula gula kastor dan cream of tartar. Pukul dengan high speed hingga menjadi kental (meringue).
  • Setelah itu, masukkan aduan putih telur (Bahan B) ke dalam adunan campuran tepung tadi (Bahan A) secara kaup balik. Kacau perlahan-lahan sahaja hingga adunan sebati.
  • Tuangkan adunan kek perlahan-lahan ke dlm loyang 9inci (22cm).(Jika suka..boleh taburkan pumpkin seed dalam  loyang sebelum masukkan adunan kek) - Loyang x perlu digriskan ye.
  • Terlebih dahulu, panaskan oven kira-kira 10 minit lebih awal dan bakar kek pada suhu 150-160C anggaran 35-40 minit atau sehingga kek masak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...