Monday, September 29, 2014

Potato Fritters @ Cucur Kentang

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. 
Sebenarnya dah lama nak mencuba Potato Fritters @Cucur kentang yang telah menjadi semakin popular di FB baru2 ni.. Ramai kwn2 blogger dah pon mencuba resepi Potato Fritters@Cucur kentang ni.. antaranya Kak Ina KL, Kak Yati (sinar kehidupanku). Mmg rugi sape tak cuba.. tengok pon dah terliur.. Bahan2 penyediaannya pon sgt mudah, mmg cepat dan yang paling penting sedappp...


Resepi ini dikongsikan oleh Noraida Durani...mmg kreatif... rasanya sama macam kuih cucur. Terima kasih pada tuan empunya atas resepi ni..mmg terbaikkk... lyza mintak izin ye share di sini dan untuk rujukan akan datang. 



Untuk penyediaannya.. adunan hendaklah dibuat leper ye...supaya adunan cepat masak dan rangup luar dan dalam. Kalau tebal.. ia hanya akan garing di luar dan tak berapa masak di dalam.

Selamat mencuba... ~





Satukan semua bahan2 dan digaul rata. 

Tunggu hingga minyak betul2 panas...barulah sudukan adunan ..

POTATO FRITTERS ~ CUCUR KENTANG
Resepi Oleh : Noraida Durani


Bahan-bahannya :



3 biji kentang ~ di sagat jangan halus sangat ye

1/2 biji lobak merah ~ di sagat juga
5 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung gandum 
1 biji telur B
Beberapa ekor udang basah ~ dipotong kecil2 (tambah sendiri)
1 biji bawang merah  ~ dihiris (tambah sendiri)
1 tangkai cili merah~ dihiris
1 tangkai Daun bawang atau daun sup ~ dihiris

Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng



Cara-caranya :


1. Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, udang, bawang besar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaulkan sebati.



2. Panaskan minyak masak dalam kuali leper.
Pastikan minyak benar-benar panas supaya kentang tak menyerap minyak.


3. Sudukan sedikit adunan dalam kuali dan leperkan.

4. Biar garing baru terbalikkan sebelah lagi.


5. Gorengkan hingga keperangan. Angkat dan letakkan atas tisu dapur supaya serap minyaknya.

6. Sedia di hidangkan bersama sos cili.

Thursday, September 4, 2014

Bee hives mini buns with butterscotch sauce, pumpkin seeds & almond flakes

Assalammualaikum dan salam sejahtera..petang sabtu lepas.. rajin pulak lyza nak buat roti ni... ni dah kali ke 3 lyza buat roti ni.. mmg best..rugi sape yg x cuba. Roti Bee hives ni bermula kat FB diperkenalkan oleh Lydia Honey (menetap di kuwait)... yang mmg dh jadi fenomena skrg nie..

Kelainannya sebab roti yg lembut ditambah pula dengan taburan kuaci hijau, bijan hitam, Almond slice dan cheedar cheese (yg ni opt) dan  curahan Sos butterscotch sebagai topping yg mmg yummyyyy... Sos butterscotch ni mmg manis sikit ye.. bile nak makan baru lyza curahkan atas roti tu...kalau roti panas2 yang baru kuar dari oven... then terus tuangkan sos butterscotch tu...perghhhh... mmg lembut dan sedappp u....mmg 5 bintang lyza kasi..hehe...bawak-bawak bersabar makcik ye.. lagi satu.. kalau nk simpan dulu roti tu.. jangan terus curahkan sos butterscotch atas roti awal2 ye nnt sos tu akan meresap dan banjir lak roti tu... melainkan klu nak makan terus roti tu.. apa2 pon terpulanglah pada citarasa masing2 ye..

Resipi dibawah ni...lyza copy and paste dari FB Lydia Honey...kalau x nk guna resepi doh roti ni...boleh juga gunakan resepi basic roti yg ada..

Selamat mencuba... 











SUMBER : LYDIA HONEY@FB

Kata lydia...Doh resepi dari chef manal..tapi lydia add pumpkin seeds, almond flakes and butterscotch sauce.. 

DOH✏️

2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka


  • Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  • Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
  • Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
  • Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. 
  • Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  • Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..
  • Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
  • Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
  • Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
  • Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
  • Sementra menunggu doh naik ON kan oven anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven masing2..lyza guna 160C).
  • Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
  • Time bako dalam 10-15 minit. (lyza tambah 5 minit lagi)
  • Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.


NOTE:- 
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.



BUTTERSCOTCH SAUCE

1/2 cup brown sugar (bukan gula merah ok)
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter



  • Cairkan butter dalam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.

  • Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.



  • Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.



NOTE:- 


Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...