Thursday, February 26, 2015

APAM PISANG KUKUS @ STEAMED SOFT BANANA CAKE



 Assalammualaikum semua..

Hari ni lyza nak kongsi resepi apam pisang yang mmg lembut dan enak.. yg lyza buat baru2 ni. Resepi ni dah lama dlm list.. cuma x berkesempatan nk buat. Bila dah buat baru tahu rasanya...yummy..

Okla... resepinya ada kat bawah ye.. 

Selamat mencuba..... 8)

APAM PISANG KUKUS @ STEAMED SOFT BANANA CAKE
resepi:auntyochana
sumber:Kak Wan@Citarasawan

Lapisan Bawah
Bahan A
200gm pisang masak dilecek
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh esen pisang/ vanila

Bahan B
100gm gula perang
3 biji telur gred A
100gm tepung pau/ tepung Hong Kong/ superfine
1 sudu teh double action baking powder
60ml minyak jagung

Bahan C
Lapisan Atas
2 biji telur gred B
60gm gula kaster
20ml air
60gm tepung pau

Cara-cara:
1.Lapisan Bawah: Sebatikan bahan A.Ketepikan.
2.Satukan bahan B kecuali minyak jagung, gaul dengan hand whisk hingga rata.Masukkan bahan A dan minyak jagung, gaul hingga rata.
3.Tuang setengan adunan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 15 minit.
4.Lapisan Atas: Pukul telur, air dan gula hingga kembang.Masukkan tepung dan gaul rata.Tuang ke atas lapisan bawah hingga penuh, letak 1 hiris pisang sebagai hiasan dan kukus selama 10 minit lagi.

Friday, February 20, 2015

Agar-agar Lapis (Gula Melaka)


Assalammualaikum...

Memandangkan keadaan cuaca yg panas di KL sekarang ni.. teringin2 pula nak makan yg sejuk2 je.. Hari ni terasa nk buat Agar2.. Resepi Agar2 Lapis Gula Melaka ni lyza c n p dari blog Bro Rozzan@http://rozzan.blogspot.com blogger dari S'pore yg mmg kreatif. Byk resepinya yg best2.. tgk pon geram.

So, lyza "paksa"kan diri nak buat Agar2 Lapis Gula Melaka ni.. Fuhhh mmg mencabar nak buat Agar2 lapis ni.. perlukan teknik yg betul barula dpt hasil yang sempurna. Perlukan juga kesabaran yg tinggi. Alhamdulillah percubaan pertama ni x mengecewakan.. yahoo...8)

Apa2 pun.. tq bro rozzan kesudian sharekan resepi ni... 

Selamat mencuba...


AGAR-AGAR LAPIS (GULA MELAKA)
Sumber : Rozzan.blogspot.com

Bahan A (plain)

10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir
870 ml air
2-3 helai daun pandan (simpul)

Bahan B (Santan)

10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula pasir
870 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih) - saya gunakan 400ml santan KARA + 470 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..(lyza pon buat pakai santan KARA juga)
1 sudu teh garam

Bahan C

Loyang berukuran 8"x 8"x 3" (basahkan)
sedikit pewarna coklat (optional) (lyza x letak)



Cara-Cara

1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.. Tapiskan dan biarkan atas api kecil (elakkan dari keras).

2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, Bila dah agak keras,cucuk permukaan lapisan td dgn garfu (utk melekatkan lapisan agar-agar) baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar2 santan (Bahan B). Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga.

3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan. (jgn lupa cucuk setiap permukaan lapisan dgn garfu).

4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia sentiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.

5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.



Nota : 

# Sementara menunggu agar2 di loyang sejuk, buka api kecil agar2 yg dlm periuk tidak membeku. Guna kaedah double boil pon ok..

# Pastikan semasa melapis agar2 tidak terlalu keras supaya lapisan tidak tertanggal. Jika keras, lorekkan atau cucukkan dgn menggunakan garfu.

Thursday, February 19, 2015

APAM MAWAR





Assalammualaikum..

Pertama kali tengok APAM MAWAR ni.. terus jatuh cinta. Banyaknya munga2... suka sangat. Resepinya lyza dapat dari blog Kak Wan@ResipiCitarasawan (antara blogger yg mmg pemes ye). Terima kasih Kak Wan.. resipi ni lyza salin di sini untuk rujukan ye.

Kalau ada waktu terluang nnt mungkin lyza akan buat percubaan yang kedua pula... yang penting mestila ada tukang makan! 

Okla... Selamat mencuba...



APAM MAWAR
Sumber  :   ResipiCitarasawan


Bahan-bahan :

250  gm   tepung gandum
 1/4  sudu teh   baking powder
150  gm   gula kastor
2  biji   telur A
1/2  sudu teh Ovallet
200  ml  susu cair (lyza gunakan susu segar)
50  ml  minyak masak
1/4  sudu teh  garam
Pewarna & perisa yang disukai

Acuan Mawar  -  gris dengan sedikit minyak


Cara Penyediaan :


1. Ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder.

2. Pukul telur, gula dan ovallet sehingga putih dan gebu.  Masukkan tepung berselang-seli dengan susu cair sambil diputar sehingga bergaul rata.

3. Masukkan minyak, gaul rata dan bahagikan kepada 2 bahagian sama rata. Kemudian masukkan perisa dan pewarna pilihan.

4. Tuangkan ke dalam acuan 3/4 penuh.  Kukus selama 10-15 minit dengan api perlahan supaya tidak merekah.






Friday, February 13, 2015

KARIPAP @ EPOK2 SARDIN


Assalamualaikum...

Cuti hujung minggu lepas..anak2 dan huby request karipap sardin@epok2 sardin untuk hidangan minum petang. Masing2 mmg penggemar kuih karipap ni. Selalunya lyza beli je.. malas nak buat. Tiba2 hari ni terasa rajin lak nak buat Karipap air tangan sendiri. Resipi Karipap sardin ni lyza c n p dari blog Azie Kitchen@http://aziejaya.blogspot.com. Tq Kak Azie.. 

Alhamdulillah.. resipi Karipap ni menepati citarasa lyza. Mmg sedap dan rangup. Bab kelim mengelim ni mmg 'part' paling lyza suka. Teringat masa zaman remaja dulu.. selalu tgk mak buat karipap.. masatula abang2 ngan lyza sibuk nak tolong 'mengelim' karipap.. mcm2 bentuk kelim ada.. mmg seronok sgt.. lama2 pactice barula dapat bentuk kelim yg kemas..hihi

Okla.. jom layan resepi di bawah ini ye....


Karipap Sardin
Sumber: Azie Kitchen

Bahan Pastri:

1 kg tepung gandum
1/2 cawan majerin 
(lyza guna 65g majerin + 60g Shortening)
1 cawan minyak masak
400 ml air sejuk + 1 sudu besar garam


Cara cara:

  • Panaskan majerin + shortening + minyak sehingga sehingga cair dan benar benar panas.
  • Tuangkan ke dalam tepung gandum dan gaul rata. Apabila telah suam, uli sebati sambil ditambah air sejuk sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sederhana lembut dan tidak melekat di tangan.
  • Rehatkan adunan selama 1 jam. Tutupkan mangkuk adunan tadi dengan kitchen towel yg lembap. 








Bahan Inti:

2 tin Sardin Mackerel - tin besar
4 biji ubi kentang besar - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
2-3 biji cili merah - hiris halus
1 pokok daun sup - hiris 
2 sudu besar cili kisar 
Garam
Air perahan limau nipis

Cara cara:

  • Asingkan ikan sardin dan sosnya. Hancurkan ikan sardin dengan menggunakan garfu. 

  • Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga betul betul garing. Kemudian sardin, bawang besar dan kentang. Akhir sekali masukkan garam dan air limau nipis. 

  • Tabur pula daun sup dan cili merah. Kacau seketika dan bolehlah tutup api.


tips:
seeloknya biar inti betul-betul sejuk sebelum anda mengkaripapkan!


  • Canaikan menjadi nipis (ketebalan kulit bergantung pada selera masing2).
  • Isikan 1 sudu besar inti dan kelimkan bahagian tepi atau boleh juga menggunakan acuan karipap.
  • Lakukan sehingga habis.
  • Selepas itu bolehlah digoreng dengan api yang sederhana panas sehingga garing dan keperangan. 
  • Sedia sebagai hidangan minum petang.







tips untuk dapatkan karipap yang cantik dan tahan lama kerangupannya

  • goreng karipap dalam minyak yang banyak..
  • caranya panaskan minyak sampai betul-betul panas.kemudian tutup api..selepas tutup api boleh masukkan karipap anda dan boleh bukak api semula..tp api yg sederhana sahaja..
  • harus selalu bolak balikkan karipap untuk dapatkan warna kulit yang menawan..
  • insyaallah karipap anda akan kembung dan mulus kulitnya..

Wednesday, February 4, 2015

Kek Pisang Lembut dan sedap..





 Assalamualaikum...

Semalam misi menghabiskan baki pisang kat rumah.. Sesiapa yang ada pisang lebih-lebih tu boleh la buat kek pisang ni, memang senang, lembut dan sedap!!

Resepi ni asalnya dari Selera Sakura.  Kak Azlita Masam Manis pon dh mencubanya.. Kek pisang ni mmg lembut dan moist je.. Thanks ye.. kongsikan kek pisang yg mmg mudah dan sedap ni.. Lyza simpan resepi ni untuk rujukan dan menambah koleksi kek pisang yang ada..8)

So, jom tengok resepinya:


Resepi: Selera Sakura



Bahan-bahan:

4 biji telur gred A
8 biji pisang emas (7 biji dilecek, sebiji untuk hiasan)
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan butter (cairkan) @ minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang
sedikit garam




Cara-cara membuatnya:


  •  Panaskan oven pada suhu 170 C.
  • Griskan loyang 8” dengan sedikit mentega dan alas guna baking paper.
  • Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
  • 7 biji pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
  • Pukul telur bersama gula dan esen pisang, masukkan mentega cair/minyak jagung.
  • Kemudian masukkan tepung, gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang.
  • Baki sebiji pisang dihiris dan dihias di atas kek sebelum dimasukkan ke dalam oven.
  • Bakar selama 45 minit atau sehingga masak menggunakan api atas dan bawah.



p/s : Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...