Tuesday, March 31, 2015

KARI PUFF CELORENG INTI KELEDEK


 Assalammualaikum..

Hari ni lyza nak berkongsi resepi kulit karipap versi celoreng ala kerepek bawang... kata kak ummi.. tapi bukan pakai bawang ye..

Cara2nya membuatnya lebih kurang mcm buat karipap pusing. Bezanya karipap ni ada kelihatan lingkaran tp x berlapis2. Intinya pula...lyza ikut resepi inti keledek dari blog hana. Tq pada empunya kedua2 resepi ni ye..  

Selamat mencuba...




KARI PUFF CELORENG
SUMBER : UMMI GIFTSHOP (FB)

Bahan A

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan guna minyak bekas goreng kuih
2 sb minyak sapi (lyza gantikan shortening)
1 sb gula
Secubit garam
Air secukupnya utk menguli
Uli hingga jadi doh..

Bahan B

1 1/2 cwn tepung jagung
1/2 cawan tpng gandum
1/4 cawan margerin - cair
Air secukupnya - utk menguli
Uli hingga jadi doh.


Cara2 membuatnya :

Bahagikan bebola..sama A dan B..

1. canaikan sama saiz.kedua2

2. cantumkan..canai lagi

3. lipat 3 berselang seli..canai lagi memnjng
Gulung.dan potong kpd 6 bahagian dan canaikan (jgn terlalu nipis dan tidak terlalu tebal ye)..

Isikan inti secukupnya dan kelimkan.

Goreng api sederhana hingga berwarna keperangan. Toskan.

(Cara2 utk menggulung karipap ni boleh rujuk pic dibawah... pic dari FB Kak Ummi)




Bahan Inti Keledek

4 biji keledek besar - potong dadu
*2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*segenggam ikan bilis
*1-2 sudu besar udang kering
*1 tangkai lada merah/cili kering - jika ingin pedas lebihkan
2 sudu makan serbuk kari 
hirisan daun sup
garam dan gula
air secukupnyer

(Jika suka bleh campurkan daging@ayam kisar @ kiub ayam/daging)



CARA2 :

  • Blend bahan yang bertanda *
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
  • Masukkan kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau. 
  • Masukkan keledek dan air secukupnyer. 
  • Masak hingga empuk dan air kering. 
  • Masukkan garam, kiub ayam/daging dan gula secukup rasa. 
  • Taburkan daun sup dan gaul sebati.Tutup api.

Saturday, March 28, 2015

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera...


Hari ini lyza buat agar-agar santan pandan untuk pencuci mulut... salah satu agar2 yang memang tetap manjadi kegemaran anak2 selain agar2 santan gula melaka. Kalau buat je... kejap je dah licin. Memandangkan cuaca panas kat KL sekarang ni.. mmg menu nila selalu teringat2 kt kepala... hehe.  Makan pula sejuk2... perghhh...memang nyaman  je... masuk ke tekak.

Ia juga mudah dan cepat disediakan.

Selamat mencuba...8)



AGAR - AGAR SANTAN PANDAN
(sumber : Mamadee's Kitchen)


Bahan-bahan:

20gm agar-agar tali


1 1/2 cawan gula pasir

1 cawan air pandan
(guna air 1 cawan dan dikisar bersama2 daun pandan dan ditapis - lyza guna 5 helai daun pandan)

1 sudu teh pewarna hijau epal

4 cawan air 

2 cawan Santan
(lyza guna 200 ml santan kotak+ 1 cawan air)

1 biji telur dipukul dengan santan tadi

secubit garam (optional)



Cara Penyediaan:


  • Masak agar2, gula, 4 cawan air dan 1 cawan air daun pandan ke dalam periuk. Rebus sehingga agar2 hancur sepenuhnya.

  • Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau epal. Gaul rata.

  • Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.

  • Guna api sederhana dan kacau campuran tadi.
Petua Naz@dapurkecil.blogspot.com Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.


  • Basahkan loyang/acuan kegemaran dengan air terlebih dahulu. Kemudian tuangkan adunan agar2 santan ke dlm loyang.



  • Sejukkan seketika sebelum diletakkan di dalam peti sejuk.

Saturday, March 14, 2015

KUIH LAPIS LEMBUT


 



Assalammualaikum....

Hari ni tiba2 mood nak buat kuih lapis pulak... Selalunya.. x rajin nak buat kuih lapis.. suka tgk kwn2 blogger yg lain selalu buat kuih talam... antaranya Kak Yatie ..::~**Sinar Kehidupan**~::.. mcm2 kuih/talam ada kt umah kak Yatie.. mmg menggoda.  Semua dah masuk dlm list... cuma x tau nak buatnya bila. Anak2 lyza pula lebih sukakan talam seri muka.. itu pon beli je.. nak datang rajin buat tu mmg zzzzzzz... Nampak sgt akak ni pemalas kan..kan.. hihi. 

Lyza ternampak resepi kuih lapis lembut ni di FB group masak2 di FB... berkenan tgk kuih lapis ni bahan2 pon dia senang n mudah... Buat Kak Ju.. tuan punyer resepi minta izin n halalkan ye.. resepinya utk dikongsikan kat sini. 


Oklah.. jom kita semak resepinya. 

Selamat mencuba... 



  KUIH LAPIS LEMBUT
Sumber :  Kak Ju (FB)


Bahan-bahan :

1 1/2 cawan tepung gandum 
2 sudu besar tepung beras 
2 sudu besar tepung jagung
3 cawan santan 
(santan kotak guna 1 1/2 cawan santan + 1 1/2 cawan air)
6 sudu besar gula pasir
sedikit garam
2 sudu besar minyak

sedikit pewarna (yang disukai)
sedikit minyak  (utk sapu di acuan)


Cara-cara :

1. Dalam blender, masukkan semua bahan2 kecuali pewarna dan blendkan supaya semua sebati. Panaskan air dalam kukusan.

2. Tapiskan adunan tersebut.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Letak pewarna berbeza pada setiap bekas.

4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapukan sedikit minyak di acuan.

5. Masukkan 3/4 adunan warna dan kukus selama 5 minit.

6. Selepas 5 minit, tuangkan pula adunan plain (warna asal) untuk lapisan atas dan kukus lagi selama 5 minit juga. 

7.  Bila dah masak...bolehlah angkat keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.







Monday, March 9, 2015

SAMOSA




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Semalam lyza sempat buat kuih samosa ni untuk hidangan minum petang untuk keluarga.. Lama rasanya x buat kuih samosa ni... rasanya last sekali lyza buat untuk juadah berbuka tahun lepas... maklumlah nak melipat samosa pon amik masa juga.. tu yg maleh nak buat.. tp klu dah siap goreng samosa ni kejap je licinnn..  

Untuk resepi di bawah ni... dapatlah 32 ketui ye.. semalam sempat goreng 15 ketui... bakinya lyza 'frozen' kan je... bila rasa nak makan boleh keluarkan dan goreng. Senang je... kan.. 


Selamat mencuba............


SAMOSA

Bahan bahan (Untuk inti)

400 gms daging kisar 
2 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
200gm sayur campur (mixed vege) 
1 paket kecil@25gm rempah kurma  
1/4 sudu besar Lada hitam
1/2 cawan Sos tiram 
Garam dan gula secukup rasa 


Sedikit minyak - untuk menumis


Kulit popia secukupnya 

1 biji putih telur  
(bahan sapu @ ejen pelekat pd kulit popia)



Cara cara 

1.  Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga naik bau. 

2. Masukkan serbuk kurma, sos tiram dan lada hitam. 

3. Masukkan garam, gula, daging kisar dan Sayur campur. 

4. Perasakan dengan garam dan gula dan masak dengan api perlahan sehingga agak kering. Matikan api dan biarkan ia sejuk. 


Cara - cara melipat samosa

1. Ambil sekeping kulit popia, bahagikan kepada 3 bahagian yang sama besar. Sambungkan 2 bahagian dengan putih telur. 

2. Bentukkan seperti kon, masukkan inti secukupnya dan terus melipat menjadi segitiga tepat dan sapukan putih telur di hujung kulit popia dan lekatkan. Buat sehingga selesai.

 3. Panaskan minyak, goreng samosa sehingga keperangan, angkat dan toskan.








Potongkan 3 bahagian sama besar
cantumkan 2 bahagian.. gamkan dengan putih telor
lipatlah kulit untuk menjadi ‘kon’ tiga segi tepat 

Masukkan inti secukupnya (lyza isi 1 sudu besar) dan lipat lg menjadi 3 segi tepat.

Akhir sekali gamkan pada hujung kulitnya.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...