Tuesday, May 26, 2015

Portugis Egg Tart...lagiii..



Assalammualaikum dan salam sejahtera... 

Tak ingat kali ke berapa lyza dh buat portugis egg tart ni...mmg favourite anak2 lyza.. setiap kali diaorg tanya..bila ibu dia nk buat portugis tart lg? mmg x jemu2 diaorg makan. 

Anak lyza yg bongsu suka bangattt portugis tart ni... dia kata klu boleh ari2 dia nak makan portugis egg tart ni sebagai pencuci mulut. Ish3x.. Alahaiii.. nak tergelak bila dengar dia cakap camtu... alhamdulillah... bila anak2 suka... ibu lagila...happy...hehe..

Resepinya sama lyza buat sebelum ni..boleh rujuk DI SINI.


SELAMAT MENCUBA....


 Portugis tart dalam proses nk masak..

Masa ni dh nak masak dah...bile dh keperang-perangan permukaan tart.


Taraaaaa..... dah masak pon.. sejukkan dulu ye...8)

Monday, May 18, 2015

CRANBERRY YOGURT ORGURA CAKE



Assalammualaikum dan salam sejahtera. Agak lama jugak tak bersiaran. Alhamdulillah dapat jugak lyza update kek yang lyza buat baru-baru ni.. Resepi ni lyza amik dari blog Peng's Kitchen... mmg lembut dan ringan kek ni.. method membuatnya pon sama membuat kek chiffon cuma bezanya kek ni dibakar menggunakan kaedah steamed bath@water bath. 

Hasilnya mmg x mengecewakan..  Untuk penggemar kek yang ringan dan juga lembut resepi ini memang sesuai untuk dicuba..

Selamat mencuba..


CRANBERRY YOGURT ORGURA CAKE
Sumber : Peng's Kitchen



Bahan A

100g Kuning Telor (lebih kurang 4 biji telor)
1 biji Telor 
1g Garam
1 tsp Vanila paste/essen
50g Minyak sayur (lyza guna minyak jagung)
100g plain Yogurt
80g Tepung kek/superfine

50g Cranberries kering (dicincang halus)




Bahan B

200g Putih Telor 
65g Gula castor
1/2 tsp cream of tartar


Cara2 Membuatnya :


  • Bakar guna kaedah water bath, letakkan air pada dulang pembakar dan panaskan pada suhu 160C sehingga air di dalam loyang tersebut mendidih.... 



  • Sediakan acuan bersaiz 7" dan dialaskan dengan kertas baking. 



  • Di dalam mangkuk adunan.. masukkan bahan2 A kecuali cranberries digaulkan mengunakan whisk hingga sebati dan ketepikan.

  • Kemudian, di dalam mangkuk yang bersih dan kering masukkan putih telur. Pukul hingga sedikit berbuih. Masukkan cream tartar dan gula halus sedikit demi sedikit. Pukul sehingga putih telur menjadi adunan yang pekat  (soft peak).


  • Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan A tadi, kaup balikkan dengan menggunakan spatula. Masukkan lagi baki adunan putih telor sedikit demi sedikit hingga adunan sebati. 

  • Akhir sekali, masukkan buah cranberries cincang dan kaup balikkan hingga sebati. 


  • Masukkan adunan kek ke dalam acuan dan letakkan di dalam oven, dalam loyang berisi air panas tadi.



  • Bakar dengan kaedah steamed bath@water bath selama 60 minit atau sehingga kek masak atau permukaan kek menjadi perang.

  • Sejukkan kek atas wire rack dan sedia untuk dihidangkan. 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...