Friday, February 10, 2017

KARIPAP PUSING


Assalammualaikum... dan salam sejahtera..


Semalam hari cuti sempena menyambut hari Thaipusam.. lyza berkesempatan membuat sendiri karipap pusing ni untuk minum petang.. selalunya beli je. Nak buat buat mmg malas..x tau bila nak datang rajin.. selalu juga lyza tgk blog kwn2 yg dah pon try buat karipap pusing ni.. timbul pula nak mencuba...masukkan dalam list dulu...hihi..

Ok.. sebenarnya ini baru kali pertama lyza buat karipap pusing ni.. alhamdulillah karipap pusing ni sangat rapuh dan rsanya pon boleh tahan. 

Resepi ni lyza dapat dari blog Kak Sheila Spices... Terima kasih Shiela, sedap karipap ni.. mmg sangat rapuh. Dah ramai yg mencuba resipi ni. Lyza mintak izin kongsikan di sini pula ye kak sheila. 

Selamat mencuba..




KARIPAP PUSING
SUMBER : KAK SHEILA@SPICES JOURNEY


BAHAN DOH A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin


BAHAN DOH B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran


CARA MEMBUAT NYA


  • Satukan semua bahan doh A.  Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan.  Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.


  • Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu.  Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti.  Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.  Uli hingga sebati dan agak  tak melekat di tangan.  Doh di bahagi 4 dan dibulatkan.


  • Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A .  Bungkus menjadi bulat dan ketepikan.  Ulangi untuk doh2 seterusnya. 


  • Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian  gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya.  Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.

  • Ambil doh dan potong 6 untuk karipap biasa, tapi akak buat karipap ni yang bentuk nya bulat makna nya guna dua lapisan untuk satu biji karipap tu, jadi mestilah lebih nipis, untuk karipap ni kak noor potong  10 untuk dapat 5 biji karipap pada satu doh. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis masukan inti dan tutup dengan satu lagi lapisan dan klim lah cantik2 ya..


  • Untuk menggorengkan panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...



BAHAN INTI

7 - 8 biji ubi kentang 
(dikupas dan dipotong dadu kecil)
1 biji keledek kuning - yg ni lyza tambah
1 dada  ayam atau daging - (dipotong kecil)
3 sudu besar rempah kari daging 
1 sudu serbuk cili
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia






CARA2 

  • Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh  masak dan toskan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu.
  • Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak.
  • Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah.
  • Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...