Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

PORTUGIS TART

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..  Hari ni saje je nak tayang Portugis tart yang baru lyza buat pada Ahad lepas. Atas permintaan anak lyza yang mmg suka makan portugis tart ni. Kesian jugak...ari2 dok tanya bila ibu nak buat Portugis Tart nie. Memandangkan dah lama x buat portugis tart ni....zzzzzzzzzzz....malasnya nak buat...hihi.. Ok...x pe. Lyza cuba "merajinkan" diri..pagi2 lepas bfast...terus singgah kedai bakery...mencari bahan2 untuk buat pastry.  Alhamdulillah.. dapatlah makan portugis tart ni.. wah.. anak2 lyza suka sgt. Insyallah..boleh buat lagi pas nie.. Jom layan pic kat bawah nie.. PORTUGIS  TART @ PORTUGUESE EGG TART Bahan Untuk Flaky pastry :  Bahan A 500g  Tepung gandum 250ml  Air 35g  Butter/marjerin 6g  Garam 15g Gula castor Bahan B 300g  Pastry Margarine Untuk buat crust : 1. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk mixer dan pukul selama 5 minit atau sehingga doh menjadi lembut. 2. T

Kek Chiffon Labu Kuning

Assalammualaikum.... Dah lama sebenarnya PUMPKIN CHIFFON CAKE ni dalam list cuma x rajin lagi nak buat. Kebetulan ada balance2 labu kuning semlm dalam peti sejuk. Dapatlah membuat kek chiffon yg lemak berkrim, moist dan gebu ni.  Mmg sedap kek campuran buah labu ni.. klu nak tau..dari sudut kesihatan pula.. buah labu kuning ni banyak khasiatnya kerana   mengandungi vitamin A dan C...8)  Okla..lyza nak kongsikan bersama resepi kek chiffon labu @ pumpkin ni.. resipinya ada di dalam buku "Chiffon cake is done" .. oleh chef Kevin Chai. Hasilnya mmg puas hatiii..gebu dan sedap sgt.. alhamdulillah.  Selamat mencuba... Campuran semua Bahan2 A...pukul sehingga adunan sebati.  Ni pulak Bahan2 B..Putih telur dipukul smp berbuih..baru masukkan cream of tartar dan gula kastor. Pukul smp jd kental (meringue) ye. * Note...Klu boleh gunakan telur yg fresh...jgn gunakan putih telur yg sudah cair kerana susah nk kembang nnt). Campuran Adunan B (putih telor