Assalammualaikum....
Dah lama sebenarnya PUMPKIN CHIFFON CAKE ni dalam list cuma x rajin lagi nak buat. Kebetulan ada balance2 labu kuning semlm dalam peti sejuk. Dapatlah membuat kek chiffon yg lemak berkrim, moist dan gebu ni.
Mmg sedap kek campuran buah labu ni.. klu nak tau..dari sudut kesihatan pula.. buah labu kuning ni banyak khasiatnya kerana mengandungi vitamin A dan C...8)
Mmg sedap kek campuran buah labu ni.. klu nak tau..dari sudut kesihatan pula.. buah labu kuning ni banyak khasiatnya kerana mengandungi vitamin A dan C...8)
Okla..lyza nak kongsikan bersama resepi kek chiffon labu @ pumpkin ni.. resipinya ada di dalam buku "Chiffon cake is done".. oleh chef Kevin Chai. Hasilnya mmg puas hatiii..gebu dan sedap sgt.. alhamdulillah.
Selamat mencuba...
Campuran semua Bahan2 A...pukul sehingga adunan sebati.
Ni pulak Bahan2 B..Putih telur dipukul smp berbuih..baru masukkan cream of tartar dan gula kastor. Pukul smp jd kental (meringue) ye. * Note...Klu boleh gunakan telur yg fresh...jgn gunakan putih telur yg sudah cair kerana susah nk kembang nnt).
Campuran Adunan B (putih telor) ke adunan A.
Sedia utk dibakar..
Masa ni...kek hampir masak..
KEK CHIFFON LABU KUNING
(Sumber: Buku Chiffon cake is done
- Chef Kevin Chai)
Bahan-bahan:
Bahan A
6 biji kuning telur A
50g gula kastor
150ml santan (lyza guna santan kotak KARA 75g + Air 75ml)
60ml minyak masak (lyza guna gunakan minyak jagung cap Daisy)
110g labu (direbus terlebih dulu, lenyek dan timbang)
140g tepung gandum
1/4 tsp garam
30g pumpkin seeds (lyza x letak)
Bahan B
6 biji putih telur A
100g gula kastor (lyza kurangkan jadi 75g)
1/4 tsp cream of tartar
Cara-cara:
- Pukul kuning telur, gula kastor, garam, santan, labu dan minyak hingga sebati dengan menggunakan whisk tangan.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau rata. Ketepikan.
- Dalam mangkuk mixer, masukkan putih telur dan pukul hingga berbuih.
- Masukkan pula gula kastor dan cream of tartar. Pukul dengan high speed hingga menjadi kental (meringue).
- Setelah itu, masukkan aduan putih telur (Bahan B) ke dalam adunan campuran tepung tadi (Bahan A) secara kaup balik. Kacau perlahan-lahan sahaja hingga adunan sebati.
- Tuangkan adunan kek perlahan-lahan ke dlm loyang 9inci (22cm).(Jika suka..boleh taburkan pumpkin seed dalam loyang sebelum masukkan adunan kek) - Loyang x perlu digriskan ye.
- Terlebih dahulu, panaskan oven kira-kira 10 minit lebih awal dan bakar kek pada suhu 150-160C anggaran 35-40 minit atau sehingga kek masak.
Comments
Gebunya kek chiffon akak tu. Tengok gambar pun memanggil2 suh dicuba resepinya..^^
Thanks sudi singgah ye. Boleh no probm..mel..insyallah mesti jadik.
Thanks kak..tp x lah se'rajin' akak..umah kak atie..mcm2 ade..