Monday, April 8, 2013

KEK PISANG LAGI..

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sejak balik dari JB pada cuti sekolah tempohari.. banyak betul pisang dibawa balik ke KL. Ada yg beli dan ada gak yg kawan kasi.

Kali ni lyza cuba resepi kek pisang dari rumah Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com. Saje je nak menambahkan lagi koleksi resipi  kek pisang yang ada dan untuk rujukan sendiri.. memandangkan kek pisang mmg peberet seisi keluarga.

Tak rugi mencuba resepi ni..memang gebu & sedap sangat. Cara buatnya pun amat mudah. Untuk resepi kek pisang ni..lyza ada ubah sikit sukatan dan caranya dari resipi asal.

Terima kasih kpd Naz yg sudi berkongsi resepi kek pisang yang sedap dan gebu ni. Mmg marvellous...


KEK PISANG DUA CARA : CARA 2
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
125 gm butter (lyza guna 250g butter Anchor) 
2 biji telur gred A @ B (4 biji gred A)
3/4 cawan gula perang/ gula kastor (225g Gula kastor)
3/4 cawan pisang yang dilecek halus (3 biji pisang - dlm 300g)
2/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)* - lyza x letak
3/4 cawan tepung gandum* (300g Tpg Gandum + 1 tsp baking powder*)
1 tsp soda bikarbonat* (*ayak bersama) (sama)
2 tbsp susu segar - yg ni lyza tambah sendiri
1 tsp ovallate (sama)
1 tsp asen vanilla (lyza gantikan esen perisa pisang)


Cara-cara :


- Putarkan butter, gula dan ovallate pada kelajuan tinggi hingga adunan berkrim selama lebih kurang 3-5 minit. 

- Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sehingga adunan sebati. 

- Masukkan pula esen pisang atau vanilla dan pisang yg sudah dilenyek tadi.

- Putar lagi hingga rata.

- Akhir sekali..masukkan bahan yang dah diayak (tpg gandum, baking powder dan soda bikarbonat). Gaul rata dan sebati.

- Panaskan oven pada suhu 170C menggunakan api atas dan bawah. (Bergantung pd oven masing2 ye).

- Lapik loyang ukuran 8" x 8" x 3" dengan kertas kalis minyak.

- Masukkan adunan ke dalam loyang  dan bakar selama 40 minit - 1 jam atau sehingga kek masak.

- Setelah masak, keluarkan loyang kek dari oven dan terus terbalikkan kek bersama loyangnya ke atas redai. Ini untuk mengelakkan permukaan kek menjadi mendap. Biarkan loyang kek kekal pada kek.

- Setelah 10 minit, keluarkan kek dari loyangnya dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihias atau dimakan.


SELAMAT MENCUBA!




Thursday, April 4, 2013

Apam 3-D

Assalammualaikum semua..Lama kita x bersua ye..tuan rumah bizi sikit..jadi terpaksala kurangkan aktiviti blogging ni.

Ramai yang dah buat apam polka dot atau apam dot-dot ni...apa kata kali ni kita ubah angin pulak..haha..


Mmg enjoy keje menge'dot' apam dot-dot ni kan? Bagi yang dh biasa buat apam dot ni..x de masalah nk cuba bermcm2 corak. Untuk Apam 3-D ni..prosesnya lebih kurang sama cuma..adunan kosong hendakla di kukus terlebih dulu..lebih kurang 10 minit..apabila apam dh masak..barula proses membuat corak diatas apam tadi..dan kukus balik apam tadi selama 5 minit. ...Selamat mencuba...

Sebelum..

Selepas..


Bahan-bahan 

 3 biji telur A
 275 gm tepung gandum/superfine
 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar/susu sejat 
1 sudu teh ovallete 
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)- lyza letak 180g shj

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara

1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang dengan kelajuan maxima selama 10 minit (hingga adunan bertukar jadi putih-kuning pucat). 

2. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer (kelajuan minima).

3. Tambah esen vanilla, pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu (dan adunan bertambah hingga 2-3x kali dari adunan asal).

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, titiskan pewarna mengikut citarasa
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

5. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang/tart (asalkan berlapik. Ku guna loyang papercup yang kecil tu, saiz almond london dan ada yang bersaiz lebih besar sikit).

6. Picitkan blueberry filling secukupnya. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit. Jangan buka api besar semasa mengukus, nanti merekah. (Pastikan air sudah mendidih sebelum dikukus dan turunkan suhu bila dah masukkan apam).

8. Picitkan corak yang dikehendakki. Kemudian kukuskan semula selama 5 minit.




Thursday, December 6, 2012

Kek Pisang

Assalammualaikum..

Weekend lepas mmg dah niat nak buat Kek Pisang ni
. Kebetulan ada beberapa biji pisang berangan yang dah masak ranum tapi tak habis lagi so kenala habiskan seberapa segera..memandangkan pisang memang tak boleh di simpan lama.


Resepi Kek Pisang ni dari umah evelyn germina. Bila tgk gambar kat blog evelyn  terus teruja nk mencubanya. Mmg gebu dan lembut. Cara membuatnya pon senang. Terima kaseh buat evelyn yg sudi share resipinya ye..8-)






Kek Pisang
Sumber :http://mybakingworkshop.blogspot.com

Bahan2:
A
250g butter
230g gula kaster

B
5 biji telur gred A

C (di ayak)
300g tepung gandum
1/2 sk susu tepung
1 sk baking powder

D (satukan)
200g pisang, dilecek
Secubit garam
1/4 sk esen pisang

Cara membuatnya:

1. Pukul bahan2 A hingga lembut.

2. Masukkan bahan B satu persatu & pukul hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan2 C, gaul sebati.

4. Akhir sekali, masukkan bahan2 D, pukul sebati.

5. Tuang adunan kek ke dalam acuan bersaiz 8' yang telah di gris & di alaskan dengan kertas minyak.

6. Bakar pada suhu 160 C selama 30 - 40 minit atau hingga kek masak.


Selamat mencuba....




Wednesday, November 28, 2012

Roti Naik

Assalamualaikum...Salam sejahtera. 

Malam tadi..tiba2 teringin nk buat roti..ni kali ke2 lyza cuba resepi ni..lyza pernah terpandang resepi ni di umah CMC.. tp x sempat nk buat. Lepas tgk roti naik ni kat umah ros..terus berkobar2 nak mencuba. Sama mcm ros..lyza pon buat 1/2 adunan dari resepi roti ni..

Ada yg sebut roti paun tapi kalau di Johor.. mmg biasanya di panggil Roti Naik jer... Hasilnya mmg lembut, gebu & sedap. Lebih2 lagi dapat makan roti yang panas2..mmg mengancam..8-)





ROTI NAIK



Bahan-bahannya (utk separuh adunan)

400 g tepung roti (200g tepung roti)
100 g tepung Hong Kong (50g tepung gandum)
250 ml air (100ml air)
50 g susu tepung (1 sudu besar susu tepung)
3/4 camca teh bread improver
180 g gula perang (brown sugar) (3 sudu besar gula)
100 g mentega (2 sudu besar butter)
11 g yeast segera (1 1/2 sudu kecil yis)
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (lyza x letak)


(sama cam ros..cuma lyza masih masukkan bread improver dan sebiji telur, 3/4 biji masuk dlm adunan, bakinya digliss pada permukaan roti sebelum di bakar).


Cara-Caranya
 

1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. 

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.

2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dlm tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biarkan 1 jam atau hingga naik.

(baki telur tadi dicampur dengan 1 sudu besar susu kemudian digliss pada pemukaan roti).


3. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama  20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.

















Sunday, November 25, 2012

Cekodok@Jemput2 Pisang

Assalamualaikum... Hari ni lyza tepek resepi paling senang dan simple. Mudah untuk disediakan..x payah nk bersilat2 kt dapur..hehe. Mmg kuih yg di gemari seisi keluarga. Kejap je licin. 

Kalau mak lyza buat adunan jemput2 ni..x payah nk sukat2..dh jadik..sedap je..Cuma ari ni lyza nk mencuba resipi jemput2@cekodok pisang Kak Ct. Tq Kak Ct sudi share resipi ni..8-)





 Cekodok@Jemput2 Pisang
Resipi: Che CT

bahan-bahan:
3-4 biji pisang berangan masak ranum -
lecek halus (apa2 pisang pun boleh juga)
1 biji telur -
kacau sebentar

1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan tepung gandum atau ikut kelembutan adunan.
Garam secukupnya
4 sudu besar gula kastor



Cara2 :

1. Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam, ketepikan.


2. Campurkan pisang lecek bersama gula secukupnya. Kacau rata.


3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit2 dan kacau rata. (boleh juga kalau nak tambah air, tapi sedikit saje)


4. Panaskan minyak. Ambil sedikit adunan dengan sudu kecil atau jemputkan dengan hujung jari dan masukkan ke dalam minyak panas. Goreng hingga masak hingga kuning keemasan dan toskan atas paper tower.


(Jika nak jemput dengan hujung jari, celupkan jari dalam bekas berisi air sebentar, jemput adunan tepung dan mudah jadinya) petua dari Hana. Selamat mencuba :)

Thursday, November 1, 2012

KEK LAPIS IDOLA

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni lyza nak berkongsi tentang Kek Lapis Idola yg lyza buat baru2 ni..ada kelainan sikit .

Resepinya lyza copy dari aabaizura@myresepi. Walaupon terpaksa dok berjam2 depan oven melapis kek ni sampai siap..dan hasilnya sedapp...alhamdulillah. Jgn  keliru ye..bahagian tgh (coklat) mesti dibakar selapis2 jugak. 

Cuma pengajarannya..kek lapis ni pastikan betul2 sejuk sebelum potong ye. Kek lapis ni lyza potong masa kek belum betul2 sejuk..sebab x sabar nk tgk jalur2 tu..comot sikit.




 SUMBER :  aabaizura@myresipi.com 


Bahan-bahan (Acuan 8" x 8" x 3')

10 biji telur
• 16 oz mentega
• 200 gm horlick
• 80 gm sri kaya
• 50 gm serbuk santan
• 600 gm coklat masak

(atau 5 sudu makan coklat nutella)-my mum prefer nutella sebab mmg lagi sedap dr biasa
1 tin kecil susu manis
• ½ gelas milo
• 1 ½ gelas gula halus
• 2 gelas tepung hong kong/tepung halus
• 1 sudu vanilla
pewarna kuning


Cara-cara

  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu dan gaul rata.
  • Masukkan horlick, sri kaya, serbuk santan, susu, tepung hong kong dan vanilla gaul sehingga rata.
  • Bahagi adunan kepada 3 bahagian:
    Satu bahagian dicampurkan milo & coklat.
    Dua bahagian diwarnakan kuning. 
  • Alaskan dan gris loyang berukuran 8” x 8”
  • Ratakan 5 sudu besar penuh adunan kuning & bakar dgn api grill sehingga masak (6-8 minit).
  • Keluarkan loyang dari oven dan tekan sket lapisan kek dgn penekan kek lapis.
  • Kemudian ambil 5 sudu besar penuh adunan warna Kuning dan  ratakan dan bakar lagi sampai lapisan ke5.
  • Selepas tu, lapiskan pula adunan coklat & bakar hingga masak. Ulangi proses melapis adunan coklat ini sehingga adunan selesai.
  • Akhir sekali, bakar lapisan kuning  hingga selesai (5 lapisan). Utk lapisan terakhir gunakan api atas bawah.
  • *ikut kepanasan oven - biasanya lyza  guna 165c-175c. (bergantung pd oven masing2).



Thursday, October 25, 2012

selamat hari raya aidiladha..1433H


Berlalunya Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, kini tiba pula  Zulhijjah...

Berlalunya kemeriahan Aidilfitri kini tiba kemeriahan Aidil Adha...moga penggorbanan kali  ini memberi kebaikan di dunia dan di akhirat.

Di sini..lyza ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.." kepada semua yang beragama islam dan x lupa juga rakan2 blogger semua. Semoga Allah memberi kita semua keberkatan, kerahmatan, keampunan dan kebahagiaan di hari yang mulia ini...amin..


DONUT TOFU...mmg lembut..

Assalamualaikum semua..lama betul lyza x update entry ni..bukan x nak tapi sebab bz sikit..more then the bees..(yeke?)...lebih kurangla..hehe.

Hari ni lyza sempat sediakan Donut Tofu ni utk famili..donut tofu ni mmg Lembut je..seriously sedap dan gebu. Resepi ni lyza amik dari umah Kak Yatie@Sinar Kehidupan..mmg mmgoda betul..

Donut ni permintaan anak lyza yg suka sgt kuih donut. Kalau boleh hari2 dia nak suruh buatkan kuih donut ni.. Penyediaannya pon kene buat awal2. Memandangkan lepas menguli...tunggu hingga doh donut tu naik 2x ganda. Hasilnya...mmg x mengecewakan..alhamdulillah..


Resepi Donut Tofu ni dari Ros@Jintanmanis..yg mmg pakar buat donut dan roti. Terima kasih Ros atas kesudian kongsikan resepi donut yang sedap ni..

Kalau x caya..bolehla cuba resepi ni ye.....Hasil dari resepi ni lyza dapat 36 biji semuanya..mmg berbaloi-baloi..




 Bahan-bahan
  • 300 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung roti (ganti dgn tepung gandum pun boleh)
  • 125 gram taufu lembut@ cotton tofu
  • 1 1/2 sudu besar susu tepung / skim milk
  • 1 biji telur (dipukul sedikit mengunakan garpu)
  • 160 ml susu suam@air suam - Saya uli guna tangan, tuang air sikit2 sehingga menjadi doh yg dikehendaki
  • 40 gram shortening (saya letak 1 1/2 sudu besar)
  • 4 sudu besar gula
  • 6 gram yis (saya letak 2 sudu kecil)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.
Cara membuat Doh :  

Kaedah 1 : Penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. 

Kaedah 2 : Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tips untuk dapat doh yang lembut : Ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. 

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 

Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan dengan menggunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Nota: Ros bentukkan donut taufu ni macam anyaman dan pintalkan, boleh lihat DISINI bentuk donut yang dipintal tu, lepas tu goreng macam biasa, kasi lain sikit rupanya, anak-anak pun suke. topping saja donut ni ikut selera masing2, boleh dicelup dengan coklat bagi menaikkan lagi rupa donut taufu lembut ini, Selamat Memasak semua.



Donut Tofu sebelum digoreng..lepas direhatkan 6 - 8 minit..


Donut yg dh digoreng sebelum disalut dgn gula...yg putih tu pula utk difrozenkan..


Friday, July 27, 2012

Kuih Jepun

Assalammualaikum dan selamat pagi semua..lama x update N3..lyza x menghilang..cuma x berkesempatan nk upload pic. Walaupon jrg update N3..kekdg ada jugak lyza mengintai kwn2 blogger..cuma x sempat nk tinggalkan komen. Harap kwn2 x berkecil hati ye.

Alhamdulilah genaplah 7 hari kita berpuasa. Baru hari ni lyza sempat tunjukkan antara juadah berbuka. Ada jugak lyza nk tunjukkan pic lauk pauk..tp kdg2 tu..belum sempat nk "posing''kan lauk yg baru dimasak..suami n anak dh x sabar2 nk mkn..kesian pulakkan..

Hari ni lyza nk tunjukkan kuih jepun..sumber dari http://myresipi.com kh267tm.. resepinya lyza c n p dan bolehla rujuk sini ..ramai yg letak kaler kuning tp lyza ubahkan sikit gunakan kaler hijau..dan intinya pula kelapa.

Selamat mencuba...dan selamat berbuka puasa...
 

Sumber dari  http://myresipi.com kh267tm

Bahan-bahan (dpt dlm 30 lebih..akak guna acuan kecil (g/pusat 2") 

 

Bahan2 A

500gm tepung gandum
40gm mentega
2 sdt penuh instant yeast **
1 sdt gula pasir **
1-2 sdm air suam **
(campurkan bahan ** gaul rata..biarkan sekejap...hingga berbuih & mengembang)

Bahan2 B
 
3 biji telur
510ml santan (dari 1/2 kelapa)..panaskan hingga naik wap aje...sejukkan
1sdt potas (boleh gantikan dgn 1/2 sdt baking soda + 1/2 sdt baking powder)
160gm gula halus
1/2 sdt garam 
sedikit pewarna kuning
sedikit esen vanilla (klu suka) 
 

Bahan2 inti
 
500gm kacang merah * 
(se elok nye direndam 3-4 jam supaya cpt empuk)
gula pasir (4 senduk lauk yg kecil) *
(boleh ditambah...ikut selera memasing)
3 helai pandan (disiat & simpulkan) *
sedikit garam *


*rebus bahan2 inti sehingga empuk dan jadi paste saperti inti kuih pau...ketepikan (yg bagus inti di buat 1 hari sebelum..) 

Cara-cara

  • Santan dimasak hingga mendidih dan sejukkan.
  • telur dan gula dipukul hingga hancur kemudian masukkan santan, yeast, garam, dan potas / bsoda & bp..gaul rata.
  • masukkan adunan tadi kedlm bekas yg berisi tepung (Bahan A)..gaul rata. 

  • blend kan sikit adunan tadi utk mendptkan tekstur yg lebih halus. 
  • Bubohkan sedikit pewarna kuning...kemudian diperap selama 4-5 jam  
  • lengserkan sedikit minyak dgn menggunakan tisu dapur ke permukaan kuali leper (syarat jer..) susunkan acuan diatas kuali... 
  • sebelum tu sapukan mentega pd acuan..letakkan adunan 1 sudu besar kemudian bubohkan inti kacang tadi..masak dgn api yg perlahan supaya tk hangus..  

  • klau nk tau bila boleh terbalikkan...tolak skit acuan tu..klau dah tk melekat makna nye dah boleh...terbalikkan acuan tu nk cepat supaya adunan yg sebelah atas tu tk tumpah... 
  • terbalikkan acuan tu gunakan penyepit sbb besi tu panas...klau dah pro tk pe..hehehe  

  • klau yg sebelah lagi tu dah masak...kluarkan dari acuan..sapukan sedikit mentega diatas nye...boleh la disantap... :)

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan..semua..

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan2 blogger dan pengunjung yg sudi menjengah ke sini. Maaf dipinta jika x sempat nak balas komen atau meninggalkan jejak. Insyallah lyza akan buat kunjungan balas ye.

Sempena bulan Ramadhan menjelang tiba..lyza nak ucapkan dan.. “SeLaMaT Berpuasa di Bulan Ramadhan Semoga Segala Amalan Kebaikkan Kita di terima olehnya..Aminnn

Selamat berpuasa semua!!! semoga Ramadan kali ini yang terbaik dari yang sebelumnya..Insyallah..

 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...