Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Roti Jala yang lembut..

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni lyza nak berkongsi resipi roti jala@ roti kirai yg baru lyza buat baru2 ni untuk makan petang.. selain lembut... roti jala ni mmg tahan lama hingga ke malam. Sesuai di mkn bersama2 kuah kari. Walaupon penyediaannya mudah tp 'leceh' nya... nk menjala tu... adoiii... 
Resepi ni lyza c n p dari blog kak Ita (Masam manis). Resepinya tak menggunakan santan atau susu.. hanya mengunakan air sahaja untuk tahan lama. Terpulang pd citarasa masing2 ye.
Memandangkan semua di rumah sukakan roti jala ni... kejap je dah licin.. cicah kari...syiok wooo..
Okla... Selamat mencuba...8)


ROTI JALA YANG KEKAL LEMBUT DAN SEDAP Resepi Oleh : Suriati Ramli
3 cawan tepung gandum 3 1/2 cawan air 2 biji telur gred A 1/2 cawan minyak masak secubit garam sedikit pewarna kuning telur
Daun pandan sebagai alat untuk meratakan mentega/minyak Acuan roti jala

Cara2 membuatnya:  Satukan semua bahan di atas dan kacau rataMasukkan dalam mesin pengisar / blender dan kisar halusKemudian…

Biskut Marbel Shortbread

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Hari ni dah pon masuk 22 Syawal 1436H.. Alhamdulillah semlm dapatlah lyza sempurnakan puasa 6 di bulan syawal pada tahun ni.. insyallah jika izinkan oleh Nya.. mudah2an tahun depan dan tahun2 berikutnya kita masih mampu melaksanakan ibadah ini.. amiin..

Okla, kali ni lyza nak kongsikan antara resipi biskut raya mmg menjadi kegemaran ramai terutama kanak2.. termasuk anak2 lyza sendiri mmg sukakan biskut ni... mmg x pena miss buat setiap tahun.
Selamat mencuba... :)


BISKUT MARBEL SHORTBREAD


Bahan base biskut 240 g tepung gandum 100 g gula castor 100 g serbuk badam 200 g mentega 1/2 sudu kecil serbuk emplex (perangup biskut) 3 sudu besar Susu tepung
Coklat Topping 400 g coklat masakan 1 camca teh shortening  120 g coklat putih

Peralatan (10" x 10") baking tray with cutter lidi untuk melorek


Cara membuatnya:-
Satukan semua bahan2 untuk base biskut dalam satu bekas, gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut. 

Keluarkan "cutter" dari acuan, alas dasa…

AL-FATIHAH BUAT ARWAH ABANGKU...

Lama blog ni.. sunyi sepi tanpa cerita.. tanpa kata2.. hari ni kekuatan untuk lyza luahkan di sini..
Lemah rasa badan ni  semuanya berlaku bagai mimpi untuk sy dan keluarga..
Perginya seorg abng.. yg satu2nya rapat dengan lyza.. Tiada lagi kedengaran gurau sendanya.. ada saja gurauan yg menceriakan kami sekeluarga...
Arwah abangku pergi pada 25 Julai 2015 bersamaan 9 Syawal (Hari Sabtu... pagi 3.30).. Pada usia 43 tahun. 
Masih terniang2 di telinga... kakak ipar call dan bagitau arwah suruh call sy.. mungkin arwah nak dengar suara lyza semasa dia sdg nazak... mmg x jelas suaranya ketika tu.. Ya Allah terus kami sekeluarga bertolak balik ke JB.
Airmata x henti2 menitis... tp kami redha dengan ketentuan Allah.. Doktor yg merawat arwah pon turut menitis airmata.. rasa nak meraung je ketika tu.. sedih mengenangkan arwah x nak di bedah.. seperti menyerah dan pasrah.. Arwah Abangku disahkan mengidap Kanser usus.
Hati ni tersentuh melihat anak sedara seramai 4 orang yang masih bersekolah. Sedihnya…

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan A-Mubarak dan Selamat berpuasa..

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. 

Alhamdulillah.. di kesempatan ini lyza ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASAkepada semua kawan2 blogger dan pengunjung blog ini. 
Semoga di bulan Ramadhan ini dapat kita memanjatkan lagi ibadah, berpuasa, amalan dan muhasabah diri bersama dan mendapat Keberkatan oleh-Nya... Insyallah...Amiin..
SALAM RAMADHAN AL- MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA..


Portugis Egg Tart...lagiii..

Assalammualaikum dan salam sejahtera... 
Tak ingat kali ke berapa lyza dh buat portugis egg tart ni...mmg favourite anak2 lyza.. setiap kali diaorg tanya..bila ibu dia nk buat portugis tart lg? mmg x jemu2 diaorg makan. 
Anak lyza yg bongsu suka bangattt portugis tart ni... dia kata klu boleh ari2 dia nak makan portugis egg tart ni sebagai pencuci mulut. Ish3x.. Alahaiii.. nak tergelak bila dengar dia cakap camtu... alhamdulillah... bila anak2 suka... ibu lagila...happy...hehe..
Resepinya sama lyza buat sebelum ni..boleh rujuk DI SINI.

SELAMAT MENCUBA....

Portugis tart dalam proses nk masak..
Masa ni dh nak masak dah...bile dh keperang-perangan permukaan tart.

Taraaaaa..... dah masak pon.. sejukkan dulu ye...8)

CRANBERRY YOGURT ORGURA CAKE

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Agak lama jugak tak bersiaran. Alhamdulillah dapat jugak lyza update kek yang lyza buat baru-baru ni.. Resepi ni lyza amik dari blog Peng's Kitchen... mmg lembut dan ringan kek ni.. method membuatnya pon sama membuat kek chiffon cuma bezanya kek ni dibakar menggunakan kaedah steamed bath@water bath. 
Hasilnya mmg x mengecewakan..  Untuk penggemar kek yang ringan dan juga lembut resepi ini memang sesuai untuk dicuba..
Selamat mencuba..


CRANBERRY YOGURT ORGURA CAKE Sumber : Peng's Kitchen


Bahan A
100g Kuning Telor (lebih kurang 4 biji telor) 1 biji Telor  1g Garam 1 tsp Vanila paste/essen 50g Minyak sayur (lyza guna minyak jagung) 100g plain Yogurt 80g Tepung kek/superfine

50g Cranberries kering (dicincang halus)



Bahan B
200g Putih Telor  65g Gula castor 1/2 tsp cream of tartar

Cara2 Membuatnya :

Bakar guna kaedah water bath, letakkan air pada dulang pembakar dan panaskan pada suhu 160C sehingga air di dalam loyang tersebut mendidih.... 


Sediakan acuan bersaiz …

APAM PISANG GEBU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Petang semalam lyza cuba rajinkan diri buat apam pisang kukus yang mmg sedap.. sesuai sangat untuk minum petang. Tertarik dengan apam pisang kukus yang kak Azita buat hari tu.. nampak gebu dan montok jerrr..
Kebetulan ada beberapa ulas pisang lagi yang tak di usik. Terus lyza terfikir nak buat apam pisang kukus ni.. cara2 nya pon sgt mudah.. dan yg paling best sekali... apam pisang ni mmg gebu gebasss, lembut dan moist giteww. Seriously... i likeeee... anak2 pon suka.. insyallah bolehla buat lg lepas ni..8)

Terima kasih pada  Kak Azita Zain dan Naz@CuteOven berkongsi resepi ni.. lyza panjangkan resepinya kat sini pula ya.  
Resepinya ada di bawah ni ye.. Selamat mencuba..




APAM PISANG GEBU
Sumber: Naz@Cute Oven, Small Kitchen dan Azita Zain@Lestari kehidupanku)

Bahan-bahan :
8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan  4 biji telur A 1 cawan gula 3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil…

KARI PUFF CELORENG INTI KELEDEK

Assalammualaikum..
Hari ni lyza nak berkongsi resepi kulit karipap versi celoreng ala kerepek bawang... kata kak ummi.. tapi bukan pakai bawang ye..
Cara2nya membuatnya lebih kurang mcm buat karipap pusing. Bezanya karipap ni ada kelihatan lingkaran tp x berlapis2. Intinya pula...lyza ikut resepi inti keledek dari blog hana. Tq pada empunya kedua2 resepi ni ye..  
Selamat mencuba...



KARI PUFF CELORENG SUMBER :UMMI GIFTSHOP (FB)
Bahan A
2 cawan tepung gandum 1/4 cawan guna minyak bekas goreng kuih 2 sb minyak sapi (lyza gantikan shortening) 1 sb gula Secubit garam Air secukupnya utk menguli Uli hingga jadi doh..
Bahan B
1 1/2 cwn tepung jagung 1/2 cawan tpng gandum 1/4 cawan margerin - cair Air secukupnya - utk menguli Uli hingga jadi doh.

Cara2 membuatnya :
Bahagikan bebola..sama A dan B..
1. canaikan sama saiz.kedua2
2. cantumkan..canai lagi
3. lipat 3 berselang seli..canai lagi memnjng Gulung.dan potong kpd 6 bahagian dan canaikan (jgn terlalu nipis dan tidak terlalu tebal ye)..
Isikan inti secukupnya dan ke…

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera...


Hari ini lyza buat agar-agar santan pandan untuk pencuci mulut... salah satu agar2 yang memang tetap manjadi kegemaran anak2 selain agar2 santan gula melaka. Kalau buat je... kejap je dah licin. Memandangkan cuaca panas kat KL sekarang ni.. mmg menu nila selalu teringat2 kt kepala... hehe.  Makan pula sejuk2... perghhh...memang nyaman  je... masuk ke tekak.
Ia juga mudah dan cepat disediakan.

Selamat mencuba...8)



AGAR - AGAR SANTAN PANDAN (sumber : Mamadee's Kitchen)

Bahan-bahan:
20gm agar-agar tali


1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air pandan
(guna air 1 cawan dan dikisar bersama2 daun pandan dan ditapis - lyza guna 5 helai daun pandan)

1 sudu teh pewarna hijau epal

4 cawan air 

2 cawan Santan
(lyza guna 200 ml santan kotak+ 1 cawan air)
1 biji telur dipukul dengan santan tadi

secubit garam (optional)


Cara Penyediaan:

Masak agar2, gula, 4 cawan air dan 1 cawan air daun pandan ke dalam periuk. Rebus sehingga agar2 hancur sepenuhnya.
Kecilkan api. Masukkan pewarna…

KUIH LAPIS LEMBUT

Assalammualaikum....
Hari ni tiba2 mood nak buat kuih lapis pulak... Selalunya.. x rajin nak buat kuih lapis.. suka tgk kwn2 blogger yg lain selalu buat kuih talam... antaranya Kak Yatie..::~**Sinar Kehidupan**~::.. mcm2 kuih/talam ada kt umah kak Yatie.. mmg menggoda.  Semua dah masuk dlm list... cuma x tau nak buatnya bila. Anak2 lyza pula lebih sukakan talam seri muka.. itu pon beli je.. nak datang rajin buat tu mmg zzzzzzz... Nampak sgt akak ni pemalas kan..kan.. hihi. 

Lyza ternampak resepi kuih lapis lembut ni di FB group masak2 di FB... berkenan tgk kuih lapis ni bahan2 pon dia senang n mudah... Buat Kak Ju.. tuan punyer resepi minta izin n halalkan ye.. resepinya utk dikongsikan kat sini. 


Oklah.. jom kita semak resepinya. 

Selamat mencuba... 


KUIH LAPIS LEMBUT Sumber :  Kak Ju (FB)

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum  2 sudu besar tepung beras  2 sudu besar tepung jagung 3 cawan santan (santan kotak guna 1 1/2 cawan santan + 1 1/2 cawan air) 6 sudu besar gula pasir sedikit garam 2 sudu …

SAMOSA

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.... 
Semalam lyza sempat buat kuih samosa ni untuk hidangan minum petang untuk keluarga.. Lama rasanya x buat kuih samosa ni... rasanya last sekali lyza buat untuk juadah berbuka tahun lepas... maklumlah nak melipat samosa pon amik masa juga.. tu yg maleh nak buat.. tp klu dah siap goreng samosa ni kejap je licinnn..  
Untuk resepi di bawah ni... dapatlah 32 ketui ye.. semalam sempat goreng 15 ketui... bakinya lyza 'frozen' kan je... bila rasa nak makan boleh keluarkan dan goreng. Senang je... kan.. 

Selamat mencuba............

SAMOSA
Bahan bahan (Untuk inti)
400 gms daging kisar  2 biji bawang besar - dikisar 3 ulas bawang putih - dikisar 1 inci halia - dikisar 200gm sayur campur (mixed vege) 1 paket kecil@25gm rempah kurma   1/4 sudu besar Lada hitam 1/2 cawan Sos tiram  Garam dan gula secukup rasa 

Sedikit minyak - untuk menumis

Kulit popia secukupnya 
1 biji putih telur   (bahan sapu @ ejen pelekat pd kulit popia)


Cara cara 
1. Panaskan minyak, tumiskan ba…

APAM PISANG KUKUS @ STEAMED SOFT BANANA CAKE

Assalammualaikum semua..

Hari ni lyza nak kongsi resepi apam pisang yang mmg lembut dan enak.. yg lyza buat baru2 ni. Resepi ni dah lama dlm list.. cuma x berkesempatan nk buat. Bila dah buat baru tahu rasanya...yummy..

Okla... resepinya ada kat bawah ye.. 

Selamat mencuba..... 8)
APAM PISANG KUKUS @ STEAMED SOFT BANANA CAKE resepi:auntyochana sumber:Kak Wan@Citarasawan
Lapisan Bawah Bahan A 200gm pisang masak dilecek 1 sudu teh baking soda 1/4 sudu teh esen pisang/ vanila
Bahan B 100gm gula perang 3 biji telur gred A 100gm tepung pau/ tepung Hong Kong/ superfine 1 sudu teh double action baking powder 60ml minyak jagung
Bahan C Lapisan Atas 2 biji telur gred B 60gm gula kaster 20ml air 60gm tepung pau
Cara-cara: 1.Lapisan Bawah: Sebatikan bahan A.Ketepikan. 2.Satukan bahan B kecuali minyak jagung, gaul dengan hand whisk hingga rata.Masukkan bahan A dan minyak jagung, gaul hingga rata. 3.Tuang setengan adunan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 15 minit. 4.Lapisan Atas: Pukul telur, air dan gula hingga kemban…