Sunday, April 19, 2015

APAM PISANG GEBU





 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Petang semalam lyza cuba rajinkan diri buat apam pisang kukus yang mmg sedap.. sesuai sangat untuk minum petang. Tertarik dengan apam pisang kukus yang kak Azita buat hari tu.. nampak gebu dan montok jerrr..

Kebetulan ada beberapa ulas pisang lagi yang tak di usik. Terus lyza terfikir nak buat apam pisang kukus ni.. cara2 nya pon sgt mudah.. dan yg paling best sekali... apam pisang ni mmg gebu gebasss, lembut dan moist giteww. Seriously... i likeeee... anak2 pon suka.. insyallah bolehla buat lg lepas ni..8)


Terima kasih pada  Kak Azita Zain dan Naz@CuteOven berkongsi resepi ni.. lyza panjangkan resepinya kat sini pula ya.  

Resepinya ada di bawah ni ye.. Selamat mencuba..




APAM PISANG GEBU
Sumber: Naz@Cute Oven, Small Kitchen dan Azita Zain@Lestari kehidupanku)


Bahan-bahan :

8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan 
4 biji telur A
1 cawan gula
3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam (opt)


Cara2nya :



  • Panaskan kukusan. 
  • Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
  • Kisarkan pisang, telur, gula, garam dan minyak hingga hancur dan sebati.
  • Tuangkan ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata secara kaup balik.
  • Sudukan adunan ke dalam acuan/loyang kecil2. (Sapukan sedikit minyak pada acuan terlebih dahulu)
  • Kukus dengan api sederhana selama 15 minit. (kalau gunakan loyang besar masa mengukus adalah 40 - 45 minit).


Nota :

# Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat.

# Boleh tambah cokelat urai ke dalam adunan jika suka.

**# Jika guna acuan kecil2 dan comel2, kurang masa mengukus. 15 minit sudah memadai.

2 comments:

Cik Puan Diyana said...

Sedap...sy dh cuba buat smlm..terima kasih :)

lyza Sweetnely said...

terima kaseh kerana mencuba..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...