Monday, September 29, 2014

Potato Fritters @ Cucur Kentang

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. 
Sebenarnya dah lama nak mencuba Potato Fritters @Cucur kentang yang telah menjadi semakin popular di FB baru2 ni.. Ramai kwn2 blogger dah pon mencuba resepi Potato Fritters@Cucur kentang ni.. antaranya Kak Ina KL, Kak Yati (sinar kehidupanku). Mmg rugi sape tak cuba.. tengok pon dah terliur.. Bahan2 penyediaannya pon sgt mudah, mmg cepat dan yang paling penting sedappp...


Resepi ini dikongsikan oleh Noraida Durani...mmg kreatif... rasanya sama macam kuih cucur. Terima kasih pada tuan empunya atas resepi ni..mmg terbaikkk... lyza mintak izin ye share di sini dan untuk rujukan akan datang. 



Untuk penyediaannya.. adunan hendaklah dibuat leper ye...supaya adunan cepat masak dan rangup luar dan dalam. Kalau tebal.. ia hanya akan garing di luar dan tak berapa masak di dalam.

Selamat mencuba... ~





Satukan semua bahan2 dan digaul rata. 

Tunggu hingga minyak betul2 panas...barulah sudukan adunan ..

POTATO FRITTERS ~ CUCUR KENTANG
Resepi Oleh : Noraida Durani


Bahan-bahannya :



3 biji kentang ~ di sagat jangan halus sangat ye

1/2 biji lobak merah ~ di sagat juga
5 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung gandum 
1 biji telur B
Beberapa ekor udang basah ~ dipotong kecil2 (tambah sendiri)
1 biji bawang merah  ~ dihiris (tambah sendiri)
1 tangkai cili merah~ dihiris
1 tangkai Daun bawang atau daun sup ~ dihiris

Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng



Cara-caranya :


1. Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, udang, bawang besar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaulkan sebati.



2. Panaskan minyak masak dalam kuali leper.
Pastikan minyak benar-benar panas supaya kentang tak menyerap minyak.


3. Sudukan sedikit adunan dalam kuali dan leperkan.

4. Biar garing baru terbalikkan sebelah lagi.


5. Gorengkan hingga keperangan. Angkat dan letakkan atas tisu dapur supaya serap minyaknya.

6. Sedia di hidangkan bersama sos cili.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...