Sunday, April 6, 2014

Muruku meletoppsss

Assalammualaikum semua..

Semalam datang mood rajin pulak dan bermulalah operasi nak buat muruku meletops ni...satu adunan muruku ni boleh dapat banyak tau...rasanya 4 balang besar. Seisi keluarga dapat makan muruku ni puas2.. Tp letihnyaaa...alahaiii.. setelah seharian bersilat kat dapur. Hmmm...hasilnya pula memang berbaloi-baloi..

Resepi muruku meletops ni...lyza salin dari Facebook Chef Zubaidah Che Pa. Tq chef sebab sudi berkongsi resepi muruku yang mmg meletopsss ni.. dan sememangnya rangup dan sedap..

Krup..krap..krup..krap....mengunyah sambil tengok TV...sedar2 je dah satu balang abis..ngunyah mmg tak berhenti..




pic acuan muruku...amik dari google.. gunakan acuan 4 penjuru.


MURUKU MELETUP
SUMBER : CHEF ZUBAIDAH CHE PA (FB)

BAHAN2

250gm Marjerin - cairkan dan sejukkan
1 bungkus @ 500g Tepung Kacang kuda
2 bungkus @  500g + 500g Tepung pulut
2 biji Telur
30gm Jemuju/lemuju - disangai dulu dan kisar halus
3 sudu besar Serbuk cili (BABAS)
5 sudu besar Gula halus
1 1/2 sudu besar Garam halus (membumbung)
1 paket Udang geragau - basuh, keringkan dan kisar halus
800gm Air
1 sudu besar bijan putih (opt)
Daun kari secukupnya



CARA2
Satukan bahan2 kering dan gaulkan hingga sebati.

Masukkan telur, marjerin dan air. Gaulkan lagi hingga menjadi doh yang lembut.

Panaskan minyak dan masukkan doh kedalam acuan dan terus tekan ke dalam kuali yang telah panas.

Gorengkan dengan penuh hingga kekuningan. Setelah muruku hampir garing, taburkan daun kari dan  goreng hingga muruku betul2 masak dan garing.

Angkat dan toskan bekas yang telah dialas kitchen towel.

Biarkan sejuk sebentar dan simpan ke dalam bekas kedap udara.




SELAMAT MENCUBA

2 comments:

Anonymous said...

salam lyza akak nak tanya muruku tu guna kacang kuda or tepung kacang kuda

kak zainab, kuala lumpur

Lyza said...

wsalam...oppsss..sori kak..typo error..dh betulkan dah..tpg kcg kuda sebenarnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...