Friday, February 3, 2017

Agar-agar Gula Melaka lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni lyza nak kongsikan resepi agar2 santan gula melaka yg sangat senang dan semestinya sedap...mmg x pena jemu2. Rasanya dh byk kali lyza buat agar2 santan gula melaka ni...siaran ulang tayang ye..hihi..

Untuk hasilkan agar2 ni mesti ikut teknik yg betul ye...barulah nampak lapisan santan tu. Lyza mmg suka guna resepi ni..dari blog kak yatie@Sinar kehidupanku dan Naz@Cute Oven. Lyza c n p dari rumah kak yatie..

Kalau nak lebih menarik.. boleh gunakan acuan yg lebih kecil.. maaf ye..lyza x rajin..sebab nak cepat dan x sabar nak makan agar2 yg mmg feberet den nie..8) 






Agar2 Santan Gula Melaka


Bahan-bahan :

1 paket serbuk agar-agar 10 gm - (lyza guna agar2 tali (strips) 20gm)  
1 liter air (4 cawan) 
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 
1/4 cwn gula pasir 
250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) - (lyza pon buat cara yg sama) 
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
Secubit garam  
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:  


  • Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. 
  • Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. 
  • Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan.  (Guna air yg dari 4 cwn tu ye..)
  • Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.  
  • Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  
  • Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.   
  • Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. 
  • Biarkan mendidih (sambil mengacau) sehingga membentuk struktur macam lumut pada santan + telur tu.. ambil masa beberapa minit ya dan pastikan tak membuak2.
  • Tuang pada bekas/acuan yang telah dibasahkan dan sejukkan. (utk resepi ni lyza gunakan acuan 7 X 7 X 3)
  • Masuk peti sejuk baru nyaman nak dimakan ya..




PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...