Wednesday, February 4, 2015

Kek Pisang Lembut dan sedap..





 Assalamualaikum...

Semalam misi menghabiskan baki pisang kat rumah.. Sesiapa yang ada pisang lebih-lebih tu boleh la buat kek pisang ni, memang senang, lembut dan sedap!!

Resepi ni asalnya dari Selera Sakura.  Kak Azlita Masam Manis pon dh mencubanya.. Kek pisang ni mmg lembut dan moist je.. Thanks ye.. kongsikan kek pisang yg mmg mudah dan sedap ni.. Lyza simpan resepi ni untuk rujukan dan menambah koleksi kek pisang yang ada..8)

So, jom tengok resepinya:


Resepi: Selera Sakura



Bahan-bahan:

4 biji telur gred A
8 biji pisang emas (7 biji dilecek, sebiji untuk hiasan)
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan butter (cairkan) @ minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang
sedikit garam




Cara-cara membuatnya:


  •  Panaskan oven pada suhu 170 C.
  • Griskan loyang 8” dengan sedikit mentega dan alas guna baking paper.
  • Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
  • 7 biji pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
  • Pukul telur bersama gula dan esen pisang, masukkan mentega cair/minyak jagung.
  • Kemudian masukkan tepung, gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang.
  • Baki sebiji pisang dihiris dan dihias di atas kek sebelum dimasukkan ke dalam oven.
  • Bakar selama 45 minit atau sehingga masak menggunakan api atas dan bawah.



p/s : Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...