Thursday, February 26, 2015

APAM PISANG KUKUS @ STEAMED SOFT BANANA CAKE



 Assalammualaikum semua..

Hari ni lyza nak kongsi resepi apam pisang yang mmg lembut dan enak.. yg lyza buat baru2 ni. Resepi ni dah lama dlm list.. cuma x berkesempatan nk buat. Bila dah buat baru tahu rasanya...yummy..

Okla... resepinya ada kat bawah ye.. 

Selamat mencuba..... 8)

APAM PISANG KUKUS @ STEAMED SOFT BANANA CAKE
resepi:auntyochana
sumber:Kak Wan@Citarasawan

Lapisan Bawah
Bahan A
200gm pisang masak dilecek
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh esen pisang/ vanila

Bahan B
100gm gula perang
3 biji telur gred A
100gm tepung pau/ tepung Hong Kong/ superfine
1 sudu teh double action baking powder
60ml minyak jagung

Bahan C
Lapisan Atas
2 biji telur gred B
60gm gula kaster
20ml air
60gm tepung pau

Cara-cara:
1.Lapisan Bawah: Sebatikan bahan A.Ketepikan.
2.Satukan bahan B kecuali minyak jagung, gaul dengan hand whisk hingga rata.Masukkan bahan A dan minyak jagung, gaul hingga rata.
3.Tuang setengan adunan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 15 minit.
4.Lapisan Atas: Pukul telur, air dan gula hingga kembang.Masukkan tepung dan gaul rata.Tuang ke atas lapisan bawah hingga penuh, letak 1 hiris pisang sebagai hiasan dan kukus selama 10 minit lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...