Tuesday, February 25, 2014

PORTUGIS TART


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.. 

Hari ni saje je nak tayang Portugis tart yang baru lyza buat pada Ahad lepas. Atas permintaan anak lyza yang mmg suka makan portugis tart ni. Kesian jugak...ari2 dok tanya bila ibu nak buat Portugis Tart nie. Memandangkan dah lama x buat portugis tart ni....zzzzzzzzzzz....malasnya nak buat...hihi..

Ok...x pe. Lyza cuba "merajinkan" diri..pagi2 lepas bfast...terus singgah kedai bakery...mencari bahan2 untuk buat pastry.  Alhamdulillah.. dapatlah makan portugis tart ni.. wah.. anak2 lyza suka sgt. Insyallah..boleh buat lagi pas nie.. Jom layan pic kat bawah nie..










PORTUGIS  TART @ PORTUGUESE EGG TART

Bahan Untuk Flaky pastry : 


Bahan A
500g  Tepung gandum
250ml  Air
35g  Butter/marjerin
6g  Garam
15g Gula castor

Bahan B
300g  Pastry Margarine


Untuk buat crust :
1. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk mixer dan pukul selama 5 minit atau sehingga doh menjadi lembut.

2. Tutupkan doh dengan kitchen towel dan rehatkan doh selama 20 minit.


3. Gelek doh sehingga berbentuk segiempat tepat. Letakkan pastry margerin dan lipat. Gelek dan lipat hingga jadi 4 lapis. Balutkan doh dgn plastik dan simpan dlm petisejuk selama 15 minit.

4.Gelek lagi dan lipat menjadi 4 lapis. Balut doh dgn plastik dan simpan dlm petisejuk selama 15 minit.  (ulangkan sebanyak 3 kali).


5.Keluarkan dan gelek nipis. Potongkan doh kepada 6 bahagian dan gulungkan kemas2 doh (sama seperti swiss roll atau karipap pusing). Potongkan 0.5cm setiap satu. Gelekkan dan tekankan pada acuan tat.  


Bahan2 filling :

300g cawan susu cair @ susu segar

4 biji telur A

130g  gula castor 

35g Whipping cream (Anchor)

Secubit  Garam

1/2 tsp vanilla essence atau serbuk vanila


Cara buat filling : 

* Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga sebati. Tapis dan ketepikan. 


6. Tuangkan filling sehingga 90% penuh. 

7. Letak dulang pembakar di rak bawah. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 25 - 30 minit sehingga pastri bertukar keperang-perangan dan sehingga permukaan filling terbentuk perang. 

8. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas rak dawai. 





SELAMAT MENCUBA... 









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...