Monday, March 9, 2015

SAMOSA




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Semalam lyza sempat buat kuih samosa ni untuk hidangan minum petang untuk keluarga.. Lama rasanya x buat kuih samosa ni... rasanya last sekali lyza buat untuk juadah berbuka tahun lepas... maklumlah nak melipat samosa pon amik masa juga.. tu yg maleh nak buat.. tp klu dah siap goreng samosa ni kejap je licinnn..  

Untuk resepi di bawah ni... dapatlah 32 ketui ye.. semalam sempat goreng 15 ketui... bakinya lyza 'frozen' kan je... bila rasa nak makan boleh keluarkan dan goreng. Senang je... kan.. 


Selamat mencuba............


SAMOSA

Bahan bahan (Untuk inti)

400 gms daging kisar 
2 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
200gm sayur campur (mixed vege) 
1 paket kecil@25gm rempah kurma  
1/4 sudu besar Lada hitam
1/2 cawan Sos tiram 
Garam dan gula secukup rasa 


Sedikit minyak - untuk menumis


Kulit popia secukupnya 

1 biji putih telur  
(bahan sapu @ ejen pelekat pd kulit popia)



Cara cara 

1.  Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga naik bau. 

2. Masukkan serbuk kurma, sos tiram dan lada hitam. 

3. Masukkan garam, gula, daging kisar dan Sayur campur. 

4. Perasakan dengan garam dan gula dan masak dengan api perlahan sehingga agak kering. Matikan api dan biarkan ia sejuk. 


Cara - cara melipat samosa

1. Ambil sekeping kulit popia, bahagikan kepada 3 bahagian yang sama besar. Sambungkan 2 bahagian dengan putih telur. 

2. Bentukkan seperti kon, masukkan inti secukupnya dan terus melipat menjadi segitiga tepat dan sapukan putih telur di hujung kulit popia dan lekatkan. Buat sehingga selesai.

 3. Panaskan minyak, goreng samosa sehingga keperangan, angkat dan toskan.








Potongkan 3 bahagian sama besar
cantumkan 2 bahagian.. gamkan dengan putih telor
lipatlah kulit untuk menjadi ‘kon’ tiga segi tepat 

Masukkan inti secukupnya (lyza isi 1 sudu besar) dan lipat lg menjadi 3 segi tepat.

Akhir sekali gamkan pada hujung kulitnya.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...