Lama blog ni.. sunyi sepi tanpa cerita.. tanpa kata2.. hari ni kekuatan untuk lyza luahkan di sini..
Lemah rasa badan ni semuanya berlaku bagai mimpi untuk sy dan keluarga..
Perginya seorg abng.. yg satu2nya rapat dengan lyza.. Tiada lagi kedengaran gurau sendanya.. ada saja gurauan yg menceriakan kami sekeluarga...
Arwah abangku pergi pada 25 Julai 2015 bersamaan 9 Syawal (Hari Sabtu... pagi 3.30).. Pada usia 43 tahun.
Masih terniang2 di telinga... kakak ipar call dan bagitau arwah suruh call sy.. mungkin arwah nak dengar suara lyza semasa dia sdg nazak... mmg x jelas suaranya ketika tu.. Ya Allah terus kami sekeluarga bertolak balik ke JB.
Airmata x henti2 menitis... tp kami redha dengan ketentuan Allah.. Doktor yg merawat arwah pon turut menitis airmata.. rasa nak meraung je ketika tu.. sedih mengenangkan arwah x nak di bedah.. seperti menyerah dan pasrah.. Arwah Abangku disahkan mengidap Kanser usus.
Hati ni tersentuh melihat anak sedara seramai 4 orang yang masih bersekolah. Sedihnya Allah saja yg tahu... lebih2 lg anak arwah yg ke2 dan ke3 bakal menduduki peperiksaan SPM dan PT3 pada tahun ni. Kami menangis berpelukan.. YA Allah kuatkanlah hati dan semangat mereka..
Mengimbas kembali peristiwa..
Cerita Kak iparku.. seminggu sebelum Arwah masuk ke hospital... Abg dan kakak ipar sempat menghantar anak sulongnya daftarkan diri di KOLEJ ISLAM SELANGOR. pada 1 Julai 2015... Arwah kuatkan diri memandu kereta dari JB ke KL. X sangka Arwah "kuat'.. tp balik semula ke JB..kakak ipar yg drive sebab arwah dh x larat.. tp arwah cakap sakit kaki je.
Hari Raya Pertama 17 Julai 2015.. kami semua beraya di Hospital Penawar Pasir Gudang.. Arwah nampak ceria dan masih gurau seperti biasa... walaupon kakak ipar pesan jgn menangis di hadapan arwah... tp... YA Allah... sy menangis sepuasnya di luar bilik melihat keadaan arwah masa tu... kurus sgt... dan x bermaya...
Allah lebih sayangkan Arwah abangku.. dia pergi jua meninggalkan kami. Jenazahnya dan selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Kebun Teh, Johor Bahru... berdekatan pusara Arwah ayah yg dah meninggal pada Mei 2005.
Ya Allah... KAU tempatlah abangku dikalangan hamba-hambaMU yang beriman. Kau ampunilah dia setiap kesalahan & kesilapannya... Semoga roh abangku dicucuri rahmat..amin.
Al-fatihah buat abang keduaku ZULKIFLI BIN ABDUL WAHAB yang telah pergi meninggalkan kami.
Comments
Sabarlah Lyza...
Tq kak sweetie..