Assalammualaikum dan selamat pagi semua.... Hari ni lyza nak kongsikan resepi agar2 santan gula melaka yg lemak berkrim ni..mmg lyza suka sgt agar2 ni..tambah2 lg cuaca yg semakin panas kat KL nie..
Kali ni lyza cuba resepi dari naz@ovenkecil. Ramai jugak kwn2 blogger dah mencuba resepi agar2 ni..antaranya Kak Yatie@"Sinar Kehidupanku" dan Hana@(hanamemories). Mmg senang sgt.. dan yummy..kejap je dah licin.
AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
Sumber : Naz@CuteOven
Bahan-Bahan
Bahan A
4 cawan air
250gm gula melaka - cincang
sedikit gula pasir (jika perlu)
1 helai daun pandan (disimpul)
Bahan B
10gm atau 11g serbuk agar-agar
Bahan C
1 cawan santan @ satu kotak kecil santan KARA [200g] (lyza gunakan 1 cawan air + satu kotak santan KARA [200g]).
1 biji telur
secubit garam
Cara-Cara
- Masak bahan A hingga gula larut dan tapiskan.
- Masak semula bahan A dan masukkan bahan B hingga agar-agar larut dan mendidih (sentiasa kacau).
- Pukul bahan C dengan whisk.
- Kecilkan api dan tuangkan bahan C kedalam adunan agar-agar yang mendidih tadi dan kacau seketika. (biarkan adunan betul2 menggelegak ye..)
- Tutup api dan tuang adunan kedalam loyang 8x8 yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
- Biar beku. Setelah sejuk masukkan kedalam peti ais. Sedap dinikmati sejuk-sejuk...
Tips:
Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit.
Comments
Sukatan gram sama je ml..Santan 200g @ml + Air 1 cawan @ 250ml (sy gunakan cawan matrik) = 450ml.
Klu nk buat agar2 ni mmg kene sampai adunan betul mengelegak barula cantik lapisan santannya..