Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Maaf ye lyza baru nak update entri yg tertunda nie.. banyak sangat urusan sampai x sempat nk update... minggu ni mood 'meroti' pulak.. resepi ni lyza terjumpa di FB (kelab roti).
Resepi ni kepunyaan Musalmah Yusof. Mmg teringin nak cuba Roti jagung ni.. tercapai jugak akhirnya... Kaedah membuatnya pula lyza cuba buat cara Ros Jintan Manis (Bukan Sekadar Masakan)..mmg mudah. Memandangkan lyza x de breadmaker...uli pakai tangan jerrr...xercise sikit..hihi.
Oklah..jom layan resipi dan pic di bawah..
Resepi ni kepunyaan Musalmah Yusof. Mmg teringin nak cuba Roti jagung ni.. tercapai jugak akhirnya... Kaedah membuatnya pula lyza cuba buat cara Ros Jintan Manis (Bukan Sekadar Masakan)..mmg mudah. Memandangkan lyza x de breadmaker...uli pakai tangan jerrr...xercise sikit..hihi.
Oklah..jom layan resipi dan pic di bawah..
ROTI JAGUNG
SUMBER : PN. MUSALMAH YUSOF
Bahan-bahannya ( untuk doh roti)
500g tepung roti (tepung high protein)
125g gula pasir
8g garam
20g susu tepung
20g yis kering
5g bread improver
60g planta@marjerin
100g jagung creamy (dlm tin)
1 biji kuning telor
100g air sejuk
100g ais
* untuk gliss (egg wash) *
1 sudu besar susu segar dan sebiji kuning telor (boleh tambah susu lagi klu bancuhan nampak pekat)
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Masukkan bahan2 kering di dalam bekas adunan sehingga semua sebati. Kemudian baru masukkan jagung creamy dan ais. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
3. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil (timbangkan 35g setiap doh) dan susun di dalam acuan yg telah disapu dgn sedikit marjerin/mentega.
(pastikan doh tidak disusun terlalu rapat, supaya doh boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 - 50 minit).
4. Gliss permukaan doh dengan egg wash dan bakar pada suhu 160 darjah selama 40 - 45 minit atau sehingga permukaan roti perang.
5. Keluarkan dari oven dan terus sapukan marjerin/mentega diatas permukaan roti supaya nampak berkilat dan tidak kering. Sejukkan atas redai.
Selamat Mencuba.
Comments
Cantik nya, gebus
Sedapkan mkn panas 2
Wsalam sara nur..
Alhamdulillah..mmg sedap makan panas2 terutama waktu ptg..8)