Salam semua. Menu Sarapan pagi hari ni lyza tergerak nk wat kuih Seri Muka @ Putri Salat. Resepi Kuih Seri Muka @ Putri Salat ni lyza copy & paste dari blok CMC. Alhamdulillah..percubaan pertama lyza membuat kuih seri muka ni menjadi. Happy nya bile menjadi..hehe.. Tima kasih pada Mat Gebu atas resepi ni ye.
(Sumber Resipi : Mat Gebu)
BAHAN LAPISAN BAWAH :
250 g beras pulut - cuci dan rendam 30 minit, toskan
200 ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan - disimpul
Beberapa titik pewarna biru (optional)
BAHAN LAPISAN ATAS :
60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK LAPISAN BAWAH :- Panaskan kukusan, tuang pulut ke dalam tin yang berukuran 8 x 8 x 3 inci, tuang bancuhan santan cair dan gaul rata, letak daun pandan atas pulut dan kukus 20 minit. Bila pulut masak, keluarkan dan gaul rata. Masukkan pulut bewarna ke dalam loyang berisi pulut biasa dan gaul rata. Kemudian tekan padat. Ketepikan sebentar. (kalau tak suka pulut ada warna, biarkan putih saja).
UNTUK LAPISAN ATAS :- Bancuh semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau dengan whisk hingga gula hancur dan larut. Tapis adunan dan ketepikan.
UNTUK KUIH SERI MUKA/PUTRI SALAT :- Tuang bancuhan tadi atas pulut dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...
Comments