Salam semua...petang minggu lepas..tergerak hati lak wat apam gula hangus ni untuk minum petang..senang je..hehe. Apam ni mmg sesuai untuk juadah sampingan berbuka puasa nnt. Tinggal beberapa hari je kan..kita nak menyambut bulan puasa. Okla jom layan jela..
Apam ni boleh dimakan begitu saja atau dgn kelapa parut.
APAM GULA HANGUS
Bahan A
125g Gula kasar
250ml Air
50g Butter
Cara2 membuat gula hangus :
1. Masakkan gula sampai cair dengan api sederhana (gula akan bertukar warna).
2. Masukkan air & kacau hingga cair. (hati2 semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2).
3. Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
Bahan B
2 biji Telor B
125g Gula halus
225g Tepung gandum
1/2 sudu teh Baking powder
1/2 sudu teh Soda bikarbonate
Cara2
1) Panaskan kukusan.
2) Pukul telur dan gula sehingga naik dan kembang.
3) Masukkan gula hangus, tepung gandum, Baking powder dan soda bikarbonat dan gaulkan rata.
5) Masukkan adunan tadi ke dalam loyang/acuan yang sudah disapukan dengan sedikit minyak.
6) Kukuskan selama 10 - 15 minit.
Comments