Assalammualaikum..sahabat2ku..semoga ceria2 selalu hendaknya ye..lama gak bersiaran ni..tenet pulak slow..adoiii..
Ok..ari ni lyza mmg bersemangat ni nk mencuba apam mekar gula melaka ni. Pada mulanya lyza dah ternampak apam gula melaka ni kt blog kak yatie (Sinar kehidupan)..mmg cantek nampak gebu & merkah.. ari ni lak ramai rakan2 blogger yg dh mencuba apam gula merah ni..tu yg terpanggil2 nk mencuba nih..alhamdulillah jadik..wangi betul bau gula melaka tu..semerbak satu rumah..hehe..resepi asal dari kak ita (rossitamz@myresipi). Lyza buat 2 versi..satu tu lyza gunakan acuan puteri ayu dan acuan lompang. Masa mengukus..lyza biarkan 20 minit dgn api sederhana dan pastikan air kukusan betul2 mendidih.
Resipi ni lyza c & p dari umah kak yatie untuk rujukan..mintak izin kak atie ye..Tima kasih kak yatie sudi berkongsi resepi apam nie..
Bahan-bahan
- 125gm gula pasir (lyza letak 100gm je)
- 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
- 150ml air
- 250 gm tepung gandum
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
- 1 biji telur
- 100 ml minyak masak
Cara-cara
1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).
Comments
Cantik mekar apam gula melaka ni...suka tngk Lyza punya....sedapkan apam ni..roti jala kat bawah tu buat akak terliur je...suka makan tapi malas nak menjala..kih3.
Tula bile tgk apam mekar tu jadi betul2 mekar tu yg seronok..ala biasa je kak..baru je nk mencuba versi mekar pulak..hehe. Mkn panas2 sedap n lembut..lyza suka gk roti jala tp buat bile time rajin je..
waduh2 ..mana2 apam mekar ni..
lagi menguap2 kejealousan akak tau..hahah sebab akak buat kemarin recipe huat kueh tu tak nak tersengih....huhu
Mmg wat apam ni..ada pantang larang dia..sebab apam ni cepat merajuk tu yg dia x nk senyum tu..hehe..insyallah boleh cuba lg kak ayu jgn putus asa..yg penting..
1) air kukus pastikan betul2 mendidih.
2) ada org kata suhu api kene kuat tp sederhana pon ok.
3) masa nk masukkan adunan..alaskan papercup terlebih dahulu pd acuan
4) tuangkan 3/4 penuh pd papercup
5) acuan yg digunakan mesti yg jenis terbukak cth: acuan lompang atau acuan muffin
6)balutkan tudung pengukus ngan kain supaya air x menitik.
7) Masa mengukus bergantung pd size acuan..lyza lebihkan masa 20-25 minit..baru lih check apam tu dh senyum ke x..hehe
Insyallah kak ayu boleh!
Wahh apam mekar kat umah izzah lg cantik posingnya kt atas tangkai lg..hehe..Mmg seronokkan bile apam tu tersenyum..
Wow sempena thn baru ni knur nak rasa lah apam yg cantik mekar setaman tu...knur dah hulur pinggan tapi tetap kosong aje pinggan akak ni...hihi.
A'ah best tau norli mkn apam ni..sambil tgk tv..hehe
Lyza to MOHKembara
Wsalam Kak Halima..ish..sedap tu kak mkn ubi kayu goreng..dh lama lyza x pekena ubi ni..hehe
Lyza to Kak Nur
Wsalam kak nur..selamat tahun baru jugak ye..semoga thn ni kita sama2 dpt keberkatannya..insyallah..
Alamak dh 'selamat' apam tu..x lih nk tapau utk kak nur..hehe