Skip to main content

KUIH LAPIS PELANGI


Assammualaikum dan Selamat sejahtera semua.. Semoga semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..Petang semlm tergerak nak mencuba kek lapis ni..ramai rakan2 blogger dh mencuba Talam lapis koko..mmg berseri2 tgk..pada mulanya nak jugak cuba wat Talam lapis koko..tp malangnya stok koko lak abis..hehe..

Resepi Kuih Lapis Pelangi ni lyza copy dari umah Kak Yatie (..::~**SINAR KEHIDUPANKU**~::..) yg mmg berkenal dgn Kuih Talam, kuih lapis & etc. Semuanya nampak sedap..Terima kasih kak yatie kerana sudi kongsi bersama resepi Kuih lapis ni yang mmg antara kuih kegemaran lyza dari kecik. Sekarang bile dh berjaya membuat kuih nie..rasa nak melompat je..yahoo..hehe..suka2x..


(Sumber : Kak Yatie - http://yatiememories.blogspot.com/ )



Bahan-bahan


1 1/2 cawan tepung gandum


1 1/2 tepung beras


1/2 cawan tepung ubi


1 1/2 cawan gula pasir


8 cawan santan sederhana pekat (1 1/2 biji kelapa parut)


1 sudu kecil garam


pewarna merah, hijau, putih, kuning


Cara Penyediaan


1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.

2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.

3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.


4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.

5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.


6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.


7. Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.


8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).


9. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. (Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dengan menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek).



Comments

AZLINA said…
Salam Lyza, waduh cantik sungguh lapis pelangi tu..nampak berselera la...mest sedap rasanya kan! Ni kalau dpt mkn ptg2 mcm ni alangkah bahagianya...:))
Nieza said…
cantiknya kuih lapis ni...nampak pun kemas..saya bab potong memotong ni lum pass lagi..hehe
Lyza said…
Lyza to Kak lina
Wsalam kak lina..yeke makaseh..mmg sedap kuih lapis nih..sambil hirup kopi panas..8-)
Lyza said…
Lyza to Nieza
Tima kaseh Nieza..mmg kuih kene betul2 sejuk baru lih potong..lyza masuk kt esbok je nk bagi cepat sejuk..
Salan Lyza... geram je tengok kuih yg cantik tu...
kita malas la pulak nak melapis..
Ayu said…
salam lyza,
lama tak dengar suara..cantiknya lapisan warna kuih lapis ni..
tertarik betul akak..rasa nak rasa seketul gitu..
Lyza said…
Lyza to Nazrah
Wsalam..tq Nazrah..tula nk melapis tu perlukan kesabaran..hehe..
Lyza said…
Lyza to Kak Ayu
Wsalam Kak Ayu..kite pon dh lama x dgr suara merdu kak Ayu..klu kak ayu nyanyi mesti best ni..hehe..meh cni kite tolong suapkan seketui..8-)
Salam Lyza,
cantik lah kuih lapis pelagi. Akak pun dah pernah cuba dari dapur yatie kuih talam nye..best
Menarik kuih lapis, ni, very presentable. Tentu sedap ya, lemak-lemak manis.
ilahjy said…
meh kita buat pertukaran kuih nak tak dekat jer kita kalu rempit 5 minit sampai laa leh kak ilah hantar tauhu fah..hehehe
Yatie said…
Salam Lyza,
Cantiknya kuih lapis pelangi ni...suka akak melihatnya..kalau dpt rasa, lagilah best...tq mencuba resepi ni...sedapkan..
Lyza said…
Lyza to Mama Nani/Mama Hawa
Wsalam kak..Tq kak..tula dia tgk umah kak yatie rajin wat kuih talam..cantek2 lak tu..grenti jadik..
Lyza said…
Lyza to Paty Kitchen
Tq kak Paty..sedap n lemak manis gitu..hingga menjilat jari..
Lyza said…
Lyza to ilahjy
Lih jugak..jom kak ilah tukar juadah..lih lyza tumpang sekaki..dh lama x merempit nih..hehe
Lyza said…
Wsalam Kak Atie..
Tq sudi dtg..sedapla kuih lapis ni..klu K yatie buat lg sedap kot..nak gak rasa air tgn kak yatie..
MOH KEMBARA said…
Salam Lyza, kuih lapis adalah antara kuih 'bodoh' yg akak suka. Bodoh sebab dia tepung dgn santan jer, dan gula. Tapi kalau pandai buat mmg sedap. Tapi Lyza punya nmpk menawan, rasa tentu lagi menawaner!t
Lyza said…
wsalam kak halima..a'ahla kak..bhn2 nk wat mmg senang ada tpg, gula, santan..sure jadik..hehe..adoii segannya kak halima puji..hehe

Popular posts

APAM PISANG GEBU

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.  Petang semalam lyza cuba rajinkan diri buat apam pisang kukus yang mmg sedap.. sesuai sangat untuk minum petang. Tertarik dengan apam pisang kukus yang kak Azita buat hari tu.. nampak gebu dan montok jerrr.. Kebetulan ada beberapa ulas pisang lagi yang tak di usik. Terus lyza terfikir nak buat apam pisang kukus ni.. cara2 nya pon sgt mudah.. dan yg paling best sekali... apam pisang ni mmg gebu gebasss, lembut dan moist giteww. Seriously... i likeeee... anak2 pon suka.. insyallah bolehla buat lg lepas ni..8) Terima kasih pada   Kak Azita Zain  dan  Naz@CuteOven  berkongsi resepi ni.. lyza panjangkan resepinya kat sini pula ya.   Resepinya ada di bawah ni ye.. Selamat mencuba.. APAM PISANG GEBU Sumber:  Naz@Cute Oven, Small Kitchen dan  Azita Zain@Lestari kehidupanku) Bahan-bahan : 8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan  4 biji telur A 1 cawan gula 3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / me

PORTUGIS TART

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..  Hari ni saje je nak tayang Portugis tart yang baru lyza buat pada Ahad lepas. Atas permintaan anak lyza yang mmg suka makan portugis tart ni. Kesian jugak...ari2 dok tanya bila ibu nak buat Portugis Tart nie. Memandangkan dah lama x buat portugis tart ni....zzzzzzzzzzz....malasnya nak buat...hihi.. Ok...x pe. Lyza cuba "merajinkan" diri..pagi2 lepas bfast...terus singgah kedai bakery...mencari bahan2 untuk buat pastry.  Alhamdulillah.. dapatlah makan portugis tart ni.. wah.. anak2 lyza suka sgt. Insyallah..boleh buat lagi pas nie.. Jom layan pic kat bawah nie.. PORTUGIS  TART @ PORTUGUESE EGG TART Bahan Untuk Flaky pastry :  Bahan A 500g  Tepung gandum 250ml  Air 35g  Butter/marjerin 6g  Garam 15g Gula castor Bahan B 300g  Pastry Margarine Untuk buat crust : 1. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk mixer dan pukul selama 5 minit atau sehingga doh menjadi lembut. 2. T

Muruku meletoppsss

Assalammualaikum semua.. Semalam datang mood rajin pulak dan bermulalah operasi nak buat muruku meletops ni...satu adunan muruku ni boleh dapat banyak tau...rasanya 4 balang besar. Seisi keluarga dapat makan muruku ni puas2.. Tp letihnyaaa...alahaiii.. setelah seharian bersilat kat dapur. Hmmm...hasilnya pula memang berbaloi-baloi.. Resepi muruku meletops ni...lyza salin dari Facebook Chef Zubaidah Che Pa . Tq chef sebab sudi berkongsi resepi muruku yang mmg meletopsss ni.. dan sememangnya rangup dan sedap.. Krup..krap..krup..krap....mengunyah sambil tengok TV...sedar2 je dah satu balang abis..ngunyah mmg tak berhenti.. pic acuan muruku...amik dari google.. gunakan acuan 4 penjuru. MURUKU MELETUP SUMBER : CHEF ZUBAIDAH CHE PA (FB) BAHAN2 250gm Marjerin - cairkan dan sejukkan 1 bungkus @ 500g Tepung Kacang kuda 2 bungkus @  500g + 500g Tepung pulut 2 biji Telur 30gm Jemuju/lemuju - disangai dulu dan kisar halus 3 sudu besar Serbu

Roti sosej

Assalammualaikum.. Salam sejahtera buat semua. Kali ni lyza saja nak share pics roti sosej yg lyza buat ari sabtu lepas. Jom kali ni kita meroti pulakkk...hihi. Mudah dan sedap. Lebih sedap kalu di makan panas2.. Request dari anak2..kebetulan ada sosej dlm peti sejuk. Resepi roti ni pula... mmg ada dlm simpanan lyza..memang berbaloi2..tak payah nak beli kat luar. Doh yang dihasilkan ada dlm 26 biji setelah ditimbang - 40g setiap doh. Klu x larat..doh yang telah siap diuli dan ditimbang tadi bolehlah disimpan dlm peti sejuk (bahagian beku). Klu nak guna barula keluarkan dan biarkan doh roti kembali lembut (suhu bilik)..pastu bolehla ulikan balik. Jom layannnn...8) Cara2 membalut & memotong. . Ambil sedikit doh yg telah diperap. Canaikan leper dan dibalut pada sebatang sosej. Biarkan ada lebihan doh pada sebelah bahagian sosej tadi. Ambil pisau dan hiris sosej seperti bentuk sikat. Bentukkan roti seperti di atas dan  sebelum taburkan sedikit mixed vegetable.... (

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Assalammualaikum dan salam sejahtera... Hari ini lyza buat agar-agar santan pandan untuk pencuci mulut... salah satu agar2 yang memang tetap manjadi kegemaran anak2 selain agar2 santan gula melaka. Kalau buat je... kejap je dah licin. Memandangkan cuaca panas kat KL sekarang ni.. mmg menu nila selalu teringat2 kt kepala... hehe.  Makan pula sejuk2... perghhh...memang nyaman  je... masuk ke tekak. Ia juga mudah dan cepat disediakan. Selamat mencuba...8) AGAR - AGAR SANTAN PANDAN (sumber :  Mamadee's Kitchen ) Bahan-bahan: 20gm agar-agar tali 1 1/2 cawan gula pasir 1 cawan air pandan (guna air 1 cawan dan dikisar bersama2 daun pandan dan ditapis - lyza guna 5 helai daun pandan) 1 sudu teh pewarna hijau epal 4 cawan air  2 cawan Santan (lyza guna 200 ml santan kotak+ 1 cawan air) 1 biji telur dipukul dengan santan tadi secubit garam (optional) Cara Penyediaan: Masak agar2, gula, 4 cawan air dan 1 cawan air daun pandan  k

Potato Fritters @ Cucur Kentang

Assalammualaikum dan salam sejahtera..  Sebenarnya dah lama nak mencuba Potato Fritters @Cucur kentang yang telah menjadi semakin popular di FB baru2 ni.. Ramai kwn2 blogger dah pon mencuba resepi Potato Fritters@Cucur kentang ni.. antaranya Kak Ina KL, Kak Yati (sinar kehidupanku) . Mmg rugi sape tak cuba.. tengok pon dah terliur.. Bahan2 penyediaannya pon sgt mudah, mmg cepat dan yang paling penting sedappp... Resepi ini dikongsikan oleh Noraida Durani ...mmg kreatif... rasanya sama macam kuih cucur. Terima kasih pada tuan empunya atas resepi ni..mmg terbaikkk... lyza mintak izin ye share di sini dan untuk rujukan akan datang.  Untuk penyediaannya.. adunan hendaklah dibuat leper ye...supaya adunan cepat masak dan rangup luar dan dalam. Kalau tebal.. ia hanya akan garing di luar dan tak berapa masak di dalam. ~  Selamat mencuba...  ~ Satukan semua bahan2 dan digaul rata.  Tunggu hingga minyak betul2 panas...barulah sudukan adunan .. POTATO FRITT

Agar-agar Gula Melaka lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni lyza nak kongsikan resepi agar2 santan gula melaka yg sangat senang dan semestinya sedap...mmg x pena jemu2. Rasanya dh byk kali lyza buat agar2 santan gula melaka ni...siaran ulang tayang ye..hihi.. Untuk hasilkan agar2 ni mesti ikut teknik yg betul ye...barulah nampak lapisan santan tu. Lyza mmg suka guna resepi ni..dari blog kak yatie@Sinar kehidupanku dan Naz@Cute Oven. Lyza c n p dari rumah kak yatie.. Kalau nak lebih menarik.. boleh gunakan acuan yg lebih kecil.. maaf ye..lyza x rajin..sebab nak cepat dan x sabar nak makan agar2 yg mmg feberet den nie..8)  Agar2 Santan Gula Melaka Source :  http://yatiememories.blogspot.my Bahan-bahan : 1 paket serbuk agar-agar 10 gm -  (lyza guna agar2 tali (strips) 20gm)   1 liter air (4 cawan)  1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)  1/4 cwn gula pasir  250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) - (ly

APAM MAWAR

Assalammualaikum.. Pertama kali tengok APAM MAWAR ni.. terus jatuh cinta. Banyaknya munga2... suka sangat. Resepinya lyza dapat dari blog Kak Wan@ResipiCitarasawan (antara blogger yg mmg pemes ye). Terima kasih Kak Wan.. resipi ni lyza salin di sini untuk rujukan ye. Kalau ada waktu terluang nnt mungkin lyza akan buat percubaan yang kedua pula...  yang penting mestila ada tukang makan!  Okla... Selamat mencuba... APAM MAWAR Sumber  :   ResipiCitarasawan Bahan-bahan : 250  gm   tepung gandum  1/4  sudu teh   baking powder 150  gm   gula kastor 2  biji   telur A 1/2  sudu teh Ovallet 200  ml  susu cair (lyza gunakan susu segar) 50  ml  minyak masak 1/4  sudu teh  garam Pewarna & perisa yang disukai Acuan Mawar  -  gris dengan sedikit minyak Cara Penyediaan : 1. Ayakkan tepung gandum, garam dan baking powder. 2. Pukul telur, gula dan ovallet sehingga putih dan gebu.  Masukkan tepung berselang-seli dengan susu

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Assalammualaikum dan selamat pagi semua....  Hari ni lyza nak kongsikan resepi agar2 santan gula melaka yg lemak berkrim ni..mmg lyza suka sgt agar2 ni..tambah2 lg cuaca yg semakin panas kat KL nie.. Kali ni lyza cuba resepi dari naz@ovenkecil . Ramai jugak kwn2 blogger dah mencuba resepi agar2 ni..antaranya Kak Yatie@"Sinar Kehidupanku"  dan Hana@(hanamemories) . Mmg senang sgt.. dan yummy..kejap je dah licin.  AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA Sumber : Naz@CuteOven Bahan-Bahan Bahan A 4 cawan air 250gm gula melaka - cincang sedikit gula pasir (jika perlu) 1 helai daun pandan (disimpul) Bahan B 10gm atau 11g serbuk agar-agar Bahan C 1 cawan santan @ satu kotak kecil santan KARA [200g] ( lyza gunakan 1 cawan air + satu kotak santan KARA [200g]) .  1 biji telur secubit garam   Cara-Cara Masak bahan A hingga gula larut dan tapiskan. Masak semula bahan A dan masukkan  bahan B hingga agar-agar laru

Kek Pisang Lembut dan sedap..

  Assalamualaikum... Semalam misi menghabiskan baki pisang kat rumah.. Sesiapa yang ada pisang lebih-lebih tu boleh la buat kek pisang ni, memang senang, lembut dan sedap!! Resepi ni asalnya dari Selera Sakura .  Kak Azlita Masam Manis pon dh mencubanya.. Kek pisang ni mmg lembut dan moist je.. Thanks ye.. kongsikan kek pisang yg mmg mudah dan sedap ni.. Lyza simpan resepi ni untuk rujukan dan menambah koleksi kek pisang yang ada..8) So, jom tengok resepinya: Resepi: Selera Sakura Bahan-bahan: 4 biji telur gred A 8 biji pisang emas (7 biji dilecek, sebiji untuk hiasan) 1 cawan gula kastor 2 cawan tepung gandum 3/4 cawan butter (cairkan) @ minyak jagung 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh esen pisang sedikit garam Cara-cara membuatnya:  Panaskan oven pada suhu 170 C. Griskan loyang 8” dengan sedikit mentega dan alas guna baking paper. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Kete