Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..
Lyza ucapkan Selamat tahun baru 2014 semoga tahun ini membawa kebaikan buat kita dan semoga diberikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan di sepanjang tahun 2014..insyallah..aminnnn.
Hari ni..cuba nak merajinkan diri meng'update' blog yg dah sekian lama senyap sunyi ni..walau sibuk menguruskan persiapan sekolah anak2ku yg akan mula bersekolah esok..kejap je masa berlalu kan...
Oklah...hari ni lyza nak berkongsi resepi Puteri Ayu Pisang Gula Melaka dari Majalah Sedap.. mmg sedap pon dimakan panas2..separuh dari adunan tu lyza x letak inti kelapa atas permintaan anak2..kejap je licinnn. 8)
PUTERI AYU PISANG GULA MELAKA
(Sumber : Majalah Sedap bulan Mei 2013)
Bahan-bahan
75g tepung gandum
75g tepung beras
1/4 sudu teh baking powder
100g gula melaka (yang telah diracik halus)
3 biji telor A
50g santan pekat segera
50ml air
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan ovelette (yg ni lyza tambah klu ikut dlm resepi tu x letak)
100g pisang emas (dikisar)
Inti kelapa (resipi inti kelapa ni lyza ikut resepi dari blog kak Rose)
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepung ubi
Cara-cara
- Panaskan pengukus dengan api sederhana.
- Ayak tepung beras, tepong gandum bersama baking powder, ketepikan.
- Putarkan telor + gula melaka + garam sehingga betul2 kembang.
- Masukkan ovelette putar lagi sehingga sebati.
- Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan dan pisang sehingga habis.
- Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
- Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa (yg sudah dicampurkan garam + tepong ubi), tekan2 dalam acuan tadi, tuangkan adunan.
- Kukuskan selama 10 minit atau sehingga masak.
Comments