Assalammualaikum..
Hari ni lyza nak berkongsi resepi kulit karipap versi celoreng ala kerepek bawang... kata kak ummi.. tapi bukan pakai bawang ye..
Cara2nya membuatnya lebih kurang mcm buat karipap pusing. Bezanya karipap ni ada kelihatan lingkaran tp x berlapis2. Intinya pula...lyza ikut resepi inti keledek dari blog hana. Tq pada empunya kedua2 resepi ni ye..
Selamat mencuba...
KARI PUFF CELORENG
SUMBER : UMMI GIFTSHOP (FB)
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan guna minyak bekas goreng kuih
2 sb minyak sapi (lyza gantikan shortening)
1 sb gula
Secubit garam
Air secukupnya utk menguli
Uli hingga jadi doh..
Bahan B
1 1/2 cwn tepung jagung
1/2 cawan tpng gandum
1/4 cawan margerin - cair
Air secukupnya - utk menguli
Uli hingga jadi doh.
Cara2 membuatnya :
Bahagikan bebola..sama A dan B..
1. canaikan sama saiz.kedua2
2. cantumkan..canai lagi
3. lipat 3 berselang seli..canai lagi memnjng
Gulung.dan potong kpd 6 bahagian dan canaikan (jgn terlalu nipis dan tidak terlalu tebal ye)..
Isikan inti secukupnya dan kelimkan.
Goreng api sederhana hingga berwarna keperangan. Toskan.
(Cara2 utk menggulung karipap ni boleh rujuk pic dibawah... pic dari FB Kak Ummi)
Bahan Inti Keledek
4 biji keledek besar - potong dadu
*2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*segenggam ikan bilis
*1-2 sudu besar udang kering
*1 tangkai lada merah/cili kering - jika ingin pedas lebihkan
2 sudu makan serbuk kari
hirisan daun sup
garam dan gula
air secukupnyer
(Jika suka bleh campurkan daging@ayam kisar @ kiub ayam/daging)
CARA2 :
- Blend bahan yang bertanda *.
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau.
- Masukkan keledek dan air secukupnyer.
- Masak hingga empuk dan air kering.
- Masukkan garam, kiub ayam/daging dan gula secukup rasa.
- Taburkan daun sup dan gaul sebati.Tutup api.
Comments
Sama2 kak ummi.. halalkan ye lyza copy resipi akak..x sia2 mmg sedap karipap celoreng ni...akk ummi mmg kreatif...semoga akk ummi terus berjaya dan cipta resepi yg lain dr yg lain..tq kak..