Tak tau nak mulakan dari mana.. ayat apa... nak tulis apa.... liza nak jadikan entry ni sebagai kenangan untuk luahkan isi hati yang tak tau nak cakap camne.. kadang kosong.. kadang keliru...
Zarina adikku telah kembali ke rahmatullah pada 28 Disember 2016 (Rabu) dalam pukul 8.45 pagi..kerana sakit kanser. Arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga.. satu2nya adik perempuanku...yg selalu kami kongsi masalah suka dan duka.. hilang sekelip mata.. Tak tau nak type camne... hati ni masih tak sanggup... tapi terpaksa pujuk hati.. kena selalu ingatkan diri sendiri, setiap yang hidup pasti akan mati.. tak kira tua atau muda.. sihat atau sakit.. kalau Allah SWT dah kata umur kita sampai di situ.. maka akurlah kita.. yang hidup, walaupon berat, redha lah kita..
Kami sekeluarga redha.. bersyukur di saat-saat dia menghembuskan nafas yang terakhir dia pergi atas pangkuan mak kami... dalam pelukan mak.. . Ya Allah.. hebatnya dugaan ni.. kami baru kehilangan abang yg ke2 pada 2015... kini adik pula..
Masih teringat kata2 dia.. bulan 10..tahun lepas 2016.. arwah tanya kalau ada gambar2 kami masa kecik dalam simpanan liza.. kami sempat berbalas-balas wassup.. arwah kata jangan sedih... dia OK.. walaupon berat utk terima, itu dah ketentuan.. Allah lebih sayangkan dia..
Ya Allah hebatnya dugaan yang kau berikan kepada hambaMu.. tapi setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya.. dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.. mudah-mudahan mak dan kita sekeluarga tabah hadapi semua nie.. walaupon dalam keadaan yang terkejut dan tak bersedia.. tapi kena redha..
Semoga Arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Walaupon Arwah dah takde di dunia.. dah takde depan mata.. tapi Arwah ada dalam hati kami.. sentiasa takkan berubah.
Ya Allah... lapangkanlah kuburnya ampunkan dosa2nya dan terimalah ibadah2nya...Aamiin..
*AL-FATIHAH*
Comments