Salam semua. Sempena menyambut hari ibu 9 May 2010 yang lepas. Lyza sempat siapkan 3 biji kek juga cup cake untuk ibu ku tersayang dan sorang Makcikku dan kakak iparku. Semuanya last minit. Alhamdulillah berjaya juga ku menghiaskan kekku w/pon x secantik mana nie...hehe.. (biasala org baru belajar..hehehe..). Di sini juga lyza sertakan resepinya ye...selamat mencuba...8-)
SPONGE CAKE
Bahan-bahan :
500 gm Sponge Cake Mix
8 biji Telur (Gred B)
100ml Air
100ml Minyak masak atau minyak jagung
Cara-cara
1. Masukkan Tepung Sponge Cake Mix dan Telur ke dalam mixer dan pukul hingga gebu (anggaran 7-8 minit)
2. Kemudian masukkan Air sedikit2 pukul lagi hingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan Minyak terus pukul hingga kental dan pekat.
4. Tuangkan kedalam acuan bulat 7" x 7" yg telah dilapik kertas gris.
5. Bakar selama 25-30minit. Suhu 180C. Gunakan Api atas-bawah.
6. Keluarkan kek serta-merta setelah siap dibakar.
7. Biar sejuk dan hiaslah ikut citarasa.
(Note : Resepi ni boleh dpt 4 biji kek jika gunakan acuan 7" x 7" - timbangkan 250g setiap satu)
RESEPI BUTTERCREAM
Bahan-bahan :
250 gm Mentega
750 g Krimwell
500g Gula
125g Air
Cara-cara :
1. Gula + Air dimasak sehingga mendidih. Tutupkan api dan perahkan limau nipis atau buah lemon supaya air gula menjadi pekat dan sejukkan.
2. Pukul Mentega dan Krimwell hingga ringgan dan gebu (anggaran 7-8 minit).
3. Masukkan sedikit air gula dan putar hingga sebati. (Bila tuangkan air gula boleh agak2 kemanisannya tak perlu tuangkan semuanya).
Comments