Assalammualaikum semua. Tinggal 2 hari je kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha...Pening gk pk nak buat kek apa utk buah tgn ke kg nnt. Minggu ni lyza cuba wat resepi sofinar dari Myresipi.com mmg betul2 sempoiii dan sedap..dh 2 kali lyza wat kek pisang ni..kejap je licin..insyallah raya nnt bolehla wat lg..hehehe..Tq Sofinar di atas resepi Kek pisang ni...
MOIST BANANA BREAD
Bahan-bahannya :
150g Pisang - dlm 3 atau 4 biji dilenyek (lyza guna pisang berangan)
180g Tepung gandum - diayak
180g Gula Kastor
3 biji telur (Lyza guna grd A)
120ml Minyak masak/minyak jagung
1 sudu teh Ovalette
1 sudu teh Soda bikarbonat
1 sudu teh Baking powder
Secubit garam
Cara Membuatnya :
- Campurkan semua bahan2 di atas dan putar sehingga sebati & nampak putih.
- Tuang adunan ke dalam loyang 8" x 8" yang dilapikkan dengan kertas minyak.
- Bakar 180C selama 40 - 50 minit atau sehingga kek masak. Selamat Mencuba!
# Boleh gunakan (loyang 10 x 7 atau 20 -23cm atau acuan 8 x 8 inci)
# Peringatan : Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda..8-)
Comments
Alhamdulillah..sedap you..mmg moist kek ni..lebih2 lg klu dibiarkan semlman..
Lyza to Kak ayu
Sedap n moist..yum3x (Adooiii x lih tido bile kene puji ngan kak ayu ni..hehe..)