Assalammualaikum dan salam sejahtera... Hari ni dah pon masuk 22 Syawal 1436H.. Alhamdulillah semlm dapatlah lyza sempurnakan puasa 6 di bulan syawal pada tahun ni.. insyallah jika izinkan oleh Nya.. mudah2an tahun depan dan tahun2 berikutnya kita masih mampu melaksanakan ibadah ini.. amiin..
Okla, kali ni lyza nak kongsikan antara resipi biskut raya mmg menjadi kegemaran ramai terutama kanak2.. termasuk anak2 lyza sendiri mmg sukakan biskut ni... mmg x pena miss buat setiap tahun.
Okla, kali ni lyza nak kongsikan antara resipi biskut raya mmg menjadi kegemaran ramai terutama kanak2.. termasuk anak2 lyza sendiri mmg sukakan biskut ni... mmg x pena miss buat setiap tahun.
Selamat mencuba... :)
BISKUT MARBEL SHORTBREAD
Bahan base biskut
240 g tepung gandum
100 g gula castor
100 g serbuk badam
200 g mentega
1/2 sudu kecil serbuk emplex (perangup biskut)
3 sudu besar Susu tepung
Coklat Topping
400 g coklat masakan
1 camca teh shortening
120 g coklat putih
Peralatan
(10" x 10") baking tray with cutter
lidi untuk melorek
Cara membuatnya:-
- Satukan semua bahan2 untuk base biskut dalam satu bekas, gaul hingga adunan menjadi doh yang lembut.
- Keluarkan "cutter" dari acuan, alas dasar tin dengan kertas minyak, biar besar dari saiz tin.
- Masukkan doh tadi ke dalam tin dan ratakan hingga memenuhi tin. Tekan2 supaya sama rata dan seimbang.(gunakan roller jika perlu)
- Masukkan kembali "cutter" dan tekan perlahan hingga rata.
- Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga biskut warna keperangan.
- Keluarkan dari oven, biar suam dan keluarkan "cutter" tadi dan biar shortbread betul2 sejuk.
- Panaskan coklat masakan secara double - boiler, bila coklat cair, masukkan shortening dan kacau hingga rata.
- Angkat coklat tadi dan tuang atas base biskut tadi.
- Ratakan coklat hingga memenuhi permukaan base biskut. Ketepikan sebentar.
- Cairkan white cooking chocolate secara double - boiler.
- Bila cair masukkan dalam piping beg dan paipkan beberapa garisan memanjang atas coklat tadi.
- Bila siap. Ambil lidi, lorek ke kanan dan ke kiri secara melintang garisan coklat putih tadi hingga mendapat corak yang diingini.
- Kemudian, masukkan kembali "cutter" tadi dan tekan perlahan2 pada posisi yg sama sewaktu ditarik keluar dan biarkan beku sepenuhnya.
- Sejukkan dalam peti sejuk hingga coklat keras. (cukup utk setakat membekukan coklat sahaja untuk mengelakkan permukaan coklat `berpeluh' bila di sejukkan terlalu lama).
- keluarkan "cutter" perlahan-lahan dan boleh diasing2kan shortbread tadi sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
Comments
Tahun ni lyza x amik apa2 tempahan.. buat makan sendiri je kak..hehe 8)