Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni lyza nak berkongsi resipi roti jala@ roti kirai yg baru lyza buat baru2 ni untuk makan petang.. selain lembut... roti jala ni mmg tahan lama hingga ke malam. Sesuai di mkn bersama2 kuah kari. Walaupon penyediaannya mudah tp 'leceh' nya... nk menjala tu... adoiii...
Resepi ni lyza c n p dari blog kak Ita (Masam manis). Resepinya tak menggunakan santan atau susu.. hanya mengunakan air sahaja untuk tahan lama. Terpulang pd citarasa masing2 ye.
Memandangkan semua di rumah sukakan roti jala ni... kejap je dah licin.. cicah kari...syiok wooo..
Okla... Selamat mencuba...8)
ROTI JALA YANG KEKAL LEMBUT DAN SEDAP
Resepi Oleh : Suriati Ramli
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak
secubit garam
sedikit pewarna kuning telur
Daun pandan sebagai alat untuk meratakan mentega/minyak
Acuan roti jala
Cara2 membuatnya:
- Satukan semua bahan di atas dan kacau rata
- Masukkan dalam mesin pengisar / blender dan kisar halus
- Kemudian tapis (Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair).
- Mentega untuk di gris pada kuali leper.
- Panaskan kuali leper atas dapur hingga betul-betul panas ( guna api sederhana ), ini supaya roti yang di kirai tidak melekat dan mudah di angkat.
- Bila dah panas barulah sapukan mentega dengan menggunakan daun pandan.
- Masukkan adunan dalam acuan roti jala dan dan kirai dalam bulatan kecil-kecil secara berterusan hingga menjadi bulatan yang besar. Anggaran 6 inc.
- Tunggu hingga permukaan atas kering , ini bermakna dah masak lah . Tak perlu balikkan (Terus angkat dan lipat. Terpulang kalau suka lipat boleh lipat bentuk 3/4 bulatan atau boleh gulung seperti mengulung kuih dadar).
- Ulang proses yang sama hingga habis.
Comments