Assalammualaikum... semalam petang sempatlah lyza siapkan Kek apam susu yang semakin viral sekarang ni.. .. 💗..
Baru pertama kali nak mencuba.. Alhamdulillah... 😊😊😊
Resepi ni lyza amik dari FB Cik Dayang Zuhaila Zulkipli.. klu ikut resepi asal Apam susu ni x de minyak ye.. tp mmg lyza ikut sebiji cam resipi yg dayang dah ubah sikit dr resepi asal..
Selamat mencuba...
RESEPI KEK APAM SUSU
Kredit : Cik Dayang Zuhaila Zulkipli - Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Bahan2
4 biji telur Gred A
1sudu besar ovellete
1sudu besar esen vanilla
3/4 cwn gula halus
6sudu besar susu pekat manis
1/2cawan minyak masak
2 cwn tepung gandum
Pewarna ikut suke hati
Cara2 nya
-Blend telur, susu, gula, esen vanilla, ovelette sampai kembang.
-Kemudian tuang ke dlm bekas n masukkan sikit2 tepung gandum yg diayak td dan minyak masak.. kacau sehingga sebati..
-Asingkan 3 ke 4 bekas.. Dan warnakn ikut warna kesukaan .
-Masukan dlm loyang secara selang seli utk dptkn corak spt pic dibwh..
-Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih..
-Kemudian kukus selama 40mnt atau sehingga masak..
sebelum dikukus
selepas...
sedia untuk dihidangkan...
Comments