Assalammualaikum...
Memandangkan keadaan cuaca yg panas di KL sekarang ni.. teringin2 pula nak makan yg sejuk2 je.. Hari ni terasa nk buat Agar2.. Resepi Agar2 Lapis Gula Melaka ni lyza c n p dari blog Bro Rozzan@http://rozzan.blogspot.com blogger dari S'pore yg mmg kreatif. Byk resepinya yg best2.. tgk pon geram.
So, lyza "paksa"kan diri nak buat Agar2 Lapis Gula Melaka ni.. Fuhhh mmg mencabar nak buat Agar2 lapis ni.. perlukan teknik yg betul barula dpt hasil yang sempurna. Perlukan juga kesabaran yg tinggi. Alhamdulillah percubaan pertama ni x mengecewakan.. yahoo...8)
Apa2 pun.. tq bro rozzan kesudian sharekan resepi ni...
Selamat mencuba...
AGAR-AGAR LAPIS (GULA MELAKA)
Sumber : Rozzan.blogspot.com
Bahan A (plain)
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir
870 ml air
2-3 helai daun pandan (simpul)
Bahan B (Santan)
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula pasir
870 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih) - saya gunakan 400ml santan KARA + 470 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..(lyza pon buat pakai santan KARA juga)
1 sudu teh garam
Bahan C
Loyang berukuran 8"x 8"x 3" (basahkan)
sedikit pewarna coklat (optional) (lyza x letak)
Cara-Cara
1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.. Tapiskan dan biarkan atas api kecil (elakkan dari keras).
2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, Bila dah agak keras,cucuk permukaan lapisan td dgn garfu (utk melekatkan lapisan agar-agar) baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar2 santan (Bahan B). Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga.
3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan. (jgn lupa cucuk setiap permukaan lapisan dgn garfu).
4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia sentiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
Nota :
# Sementara menunggu agar2 di loyang sejuk, buka api kecil agar2 yg dlm periuk tidak membeku. Guna kaedah double boil pon ok..
# Pastikan semasa melapis agar2 tidak terlalu keras supaya lapisan tidak tertanggal. Jika keras, lorekkan atau cucukkan dgn menggunakan garfu.
Comments