Assalamualaikum...
Cuti hujung minggu lepas..anak2 dan huby request karipap sardin@epok2 sardin untuk hidangan minum petang. Masing2 mmg penggemar kuih karipap ni. Selalunya lyza beli je.. malas nak buat. Tiba2 hari ni terasa rajin lak nak buat Karipap air tangan sendiri. Resipi Karipap sardin ni lyza c n p dari blog Azie Kitchen@http://aziejaya.blogspot.com. Tq Kak Azie..
Alhamdulillah.. resipi Karipap ni menepati citarasa lyza. Mmg sedap dan rangup. Bab kelim mengelim ni mmg 'part' paling lyza suka. Teringat masa zaman remaja dulu.. selalu tgk mak buat karipap.. masatula abang2 ngan lyza sibuk nak tolong 'mengelim' karipap.. mcm2 bentuk kelim ada.. mmg seronok sgt.. lama2 pactice barula dapat bentuk kelim yg kemas..hihi
Okla.. jom layan resepi di bawah ini ye....
Karipap Sardin
Sumber: Azie Kitchen
Bahan Pastri:
1 kg tepung gandum
1/2 cawan majerin
(lyza guna 65g majerin + 60g Shortening)
1 cawan minyak masak
400 ml air sejuk + 1 sudu besar garam
Cara cara:
- Panaskan majerin + shortening + minyak sehingga sehingga cair dan benar benar panas.
- Tuangkan ke dalam tepung gandum dan gaul rata. Apabila telah suam, uli sebati sambil ditambah air sejuk sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sederhana lembut dan tidak melekat di tangan.
- Rehatkan adunan selama 1 jam. Tutupkan mangkuk adunan tadi dengan kitchen towel yg lembap.
Bahan Inti:
2 tin Sardin Mackerel - tin besar
4 biji ubi kentang besar - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
2-3 biji cili merah - hiris halus
1 pokok daun sup - hiris
2 sudu besar cili kisar
Garam
Air perahan limau nipis
Cara cara:
- Asingkan ikan sardin dan sosnya. Hancurkan ikan sardin dengan menggunakan garfu.
- Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga betul betul garing. Kemudian sardin, bawang besar dan kentang. Akhir sekali masukkan garam dan air limau nipis.
- Tabur pula daun sup dan cili merah. Kacau seketika dan bolehlah tutup api.
tips:
seeloknya biar inti betul-betul sejuk sebelum anda mengkaripapkan!
- Canaikan menjadi nipis (ketebalan kulit bergantung pada selera masing2).
- Isikan 1 sudu besar inti dan kelimkan bahagian tepi atau boleh juga menggunakan acuan karipap.
- Lakukan sehingga habis.
- Selepas itu bolehlah digoreng dengan api yang sederhana panas sehingga garing dan keperangan.
- Sedia sebagai hidangan minum petang.
tips untuk dapatkan karipap yang cantik dan tahan lama kerangupannya
- goreng karipap dalam minyak yang banyak..
- caranya panaskan minyak sampai betul-betul panas.kemudian tutup api..selepas tutup api boleh masukkan karipap anda dan boleh bukak api semula..tp api yg sederhana sahaja..
- harus selalu bolak balikkan karipap untuk dapatkan warna kulit yang menawan..
- insyaallah karipap anda akan kembung dan mulus kulitnya..
Comments