Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Kerepek ngaku @ arrowhead

Assalammualaikum.. Semalam baru cuba buat kerepek ngaku ni.. first time rasa...mmg sedap. Dulu klu jenjln kt Tesco, Carrefour nampak gak buah ni tp cuma jeling jela.. ramai kaum wanita cina yg sibuk memilih buah ngaku ni utk dibeli. Dalam hati..mmg tertanya2 apa diorg buat dgn buah tu?? Bila tgk ramai kwn2 blogger dah cuba buat kerepek ngaku ni antaranya Kak Yatie @ Sinar kehidupanku , Kak Lina @ Terminal hijrah ...teringin lak lyza nak cuba buat sendiri..nak cuba rasa..ttg kerangupan buah ngaku ni. Ada kawan2 chinese kata buah ngaku ni diimport dari China..biasanya musim chinese new year je ada buah ngaku ni. Kalau nak beli dah siap agak mahal jugak..baik buat sendiri..katanya. Senang je rupanya..mmg berbaloi klu buat sendiri di rumah. Cepat dan paling penting sekali 'fresh'...lepas goreng terus ngappp...hehe. Inilah rupa buah ngaku@arrowhead tu.. Kupas dulu kulitnya dan basuh bersih2...tp jgn dibuang 'jambulnya' ye..supaya senang nak sagat nnt. ...

Donut kentang

Assalamulaikum...  Dah banyak resipi yg masuk list sebenarnya tp x sempat nk buat lagi. Insyallah klu ada masa terluang boleh mencubanya nnt. Kali ni.. lyza cuba buat kuih donat yang menggunakan kentang pulak. Popular betul resipi donat ni kt rakan2 FB.. Resipi ni lyza c n p je dari FB (kelab roti)..kes malas nk taip..hihi. Resipi ni kepunyaan  Tahrunnisah Jali . Resipi Donat ni berbeza sikit sebab gunakan baking powder...sebab tula 'super gebu'..donat ni. Terima Kasih pd  Tahrunnisah Jali kerana  sudi share resipi donat kentang yg 'gebu' ni dan tips2nya sekali. Lyza mintak izin ye copy di blog lyza ni dan utk rujukan sekali. Alhamdulillah..hasilnya x mengecewakan..insyallah klu ada kelapangan lagi boleh buat lagi pas ni..  8) DONAT KENTANG SUPER GEBU Sumber : Tahrunnisah Jali  Bahan2   250 gram tepung gandum 1 biji  kentang  (direbus dan dilenyek) 1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)...

Puteri Ayu Pisang Gula Melaka

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.. Lyza ucapkan Selamat tahun baru 2014 semoga tahun ini membawa kebaikan buat kita dan semoga diberikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan di sepanjang tahun 2014..insyallah..aminnnn. Hari ni..cuba nak merajinkan diri meng'update' blog yg dah sekian lama senyap sunyi ni..walau sibuk menguruskan persiapan sekolah anak2ku yg akan mula bersekolah esok..kejap je masa berlalu kan... Oklah...hari ni lyza nak berkongsi resepi Puteri Ayu Pisang Gula Melaka dari Majalah Sedap .. mmg sedap pon dimakan panas2..separuh dari adunan tu lyza x letak inti kelapa atas permintaan anak2..kejap je licinnn.  8) PUTERI AYU PISANG GULA MELAKA (Sumber : Majalah Sedap bulan Mei 2013) Bahan-bahan 75g tepung gandum 75g tepung beras 1/4 sudu teh baking powder 100g gula melaka (yang telah diracik halus) 3 biji telor A 50g santan pekat segera 50ml air 1/4 sudu teh garam 1 sudu makan ovelette (yg ni lyza tambah klu ikut...