Monday, January 27, 2014

Kerepek ngaku @ arrowhead


Assalammualaikum..

Semalam baru cuba buat kerepek ngaku ni.. first time rasa...mmg sedap. Dulu klu jenjln kt Tesco, Carrefour nampak gak buah ni tp cuma jeling jela.. ramai kaum wanita cina yg sibuk memilih buah ngaku ni utk dibeli. Dalam hati..mmg tertanya2 apa diorg buat dgn buah tu??

Bila tgk ramai kwn2 blogger dah cuba buat kerepek ngaku ni antaranya Kak Yatie @ Sinar kehidupanku, Kak Lina @ Terminal hijrah...teringin lak lyza nak cuba buat sendiri..nak cuba rasa..ttg kerangupan buah ngaku ni. Ada kawan2 chinese kata buah ngaku ni diimport dari China..biasanya musim chinese new year je ada buah ngaku ni. Kalau nak beli dah siap agak mahal jugak..baik buat sendiri..katanya.

Senang je rupanya..mmg berbaloi klu buat sendiri di rumah. Cepat dan paling penting sekali 'fresh'...lepas goreng terus ngappp...hehe.


Inilah rupa buah ngaku@arrowhead tu..

Kupas dulu kulitnya dan basuh bersih2...tp jgn dibuang 'jambulnya' ye..supaya senang nak sagat nnt.

Sagat yang dibeli kt Carrefour semlm...

Sagat perlahan-lahan ye...takut terluka lak tangan...

Lepas basuh...tapiskan dulu..

Panaskan minyak dulu...pastu barulah boleh goreng..

Taraaaaa....dah siappppp....


KEREPEK NGAKU @ ARROWHEAD
Sumber : Kak Azlina @ Terminal Hijrah


Bahan-bahan

Ubi ngaku @ arrowhead
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Sedikit garam halus




Cara2 membuatnya
  • Mula2 kupaskan kulit ngaku sehingga betul2 bersih. (kulitnya nipis saja. Tak perlu dibuang bahagian atas yang macam jambulnya tu untuk memudahkan semasa proses menyagatnya nanti).


  • Sagatkan menjadi kepingan2 nipis, pegang bahagian atas jambul & sagat perlahan2, hati2 jangan sampai tercedera tangan...

  • Rendamkan di dalam air sehingga selesai kesemuanya, toskan

  • Panaskan minyak secukupnya, minyak mestilah betul2 banyak & mencukupi

  • Apabila minyak sudah betul2 panas, masukkan kesemua ubi ngaku yang siap disagat dan gorengkan sehingga betul2 garing, tapi jangan sampai terlebih garing nanti tak sedap pulak..

  • Angkat dari minyak & toskan. Kemudian bolehlah ditaburkan sedikit saja garam halus jika suka. 

SELAMAT MENCUBA..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...