Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Potato Fritters @ Cucur Kentang

Assalammualaikum dan salam sejahtera..  Sebenarnya dah lama nak mencuba Potato Fritters @Cucur kentang yang telah menjadi semakin popular di FB baru2 ni.. Ramai kwn2 blogger dah pon mencuba resepi Potato Fritters@Cucur kentang ni.. antaranya Kak Ina KL, Kak Yati (sinar kehidupanku) . Mmg rugi sape tak cuba.. tengok pon dah terliur.. Bahan2 penyediaannya pon sgt mudah, mmg cepat dan yang paling penting sedappp... Resepi ini dikongsikan oleh Noraida Durani ...mmg kreatif... rasanya sama macam kuih cucur. Terima kasih pada tuan empunya atas resepi ni..mmg terbaikkk... lyza mintak izin ye share di sini dan untuk rujukan akan datang.  Untuk penyediaannya.. adunan hendaklah dibuat leper ye...supaya adunan cepat masak dan rangup luar dan dalam. Kalau tebal.. ia hanya akan garing di luar dan tak berapa masak di dalam. ~  Selamat mencuba...  ~ Satukan semua bahan2 dan digaul rata.  Tunggu hingga minyak betul2 panas...barulah suduka...

Bee hives mini buns with butterscotch sauce, pumpkin seeds & almond flakes

Assalammualaikum dan salam sejahtera..petang sabtu lepas.. rajin pulak lyza nak buat roti ni... ni dah kali ke 3 lyza buat roti ni.. mmg best..rugi sape yg x cuba. Roti Bee hives ni bermula kat FB diperkenalkan oleh Lydia Honey (menetap di kuwait)... yang mmg dh jadi fenomena skrg nie.. Kelainannya sebab roti yg lembut ditambah pula dengan taburan kuaci hijau, bijan hitam, Almond slice dan cheedar cheese (yg ni opt) dan  curahan Sos butterscotch sebagai topping yg mmg yummyyyy... Sos butterscotch ni mmg manis sikit ye.. bile nak makan baru lyza curahkan atas roti tu...kalau roti panas2 yang baru kuar dari oven... then terus tuangkan sos butterscotch tu...perghhhh... mmg lembut dan sedappp u....mmg 5 bintang lyza kasi..hehe...bawak-bawak bersabar makcik ye.. lagi satu.. kalau nk simpan dulu roti tu.. jangan terus curahkan sos butterscotch atas roti awal2 ye nnt sos tu akan meresap dan banjir lak roti tu... melainkan klu nak makan terus roti tu.. apa2 pon terpulanglah pada ci...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 57..

Assalammualaikum dan salam sejahtera...31 Ogos 2014...di sini lyza nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang Ke 57..."Di sini Lahirnya sebuah cinta..."  Semoga negara kita akan menjadi lebih maju, aman dan makmur dan bersatu padu hendaknya. MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!! Kerana Mu Malaysia ....  Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta... Disini lahirnya sebuah cinta Yang murni abadi sejati Disini tersemai cita cita Bercambah menjadi warisan Andai ku terbuang tak diterima Andai aku disingkirkan Kemana harusku bawakan Kemana harusku semaikan cinta ini Betapa Dibumi ini ku melangkah Keutara selatan timur dan barat Ku jejaki   Aku Bukanlah seorang perwira Gagah menghunus senjata Namun hati rela berjuang Walau dengan cara sendiri Demi cinta ini Ku ingin kotakan seribu janji Sepanjang kedewasaan ini Ku ingin sampaikan pesanan Aku lah penyambung warisan.... (Lirik Warisan - Sudirma...

Muruku meletoppsss

Assalammualaikum semua.. Semalam datang mood rajin pulak dan bermulalah operasi nak buat muruku meletops ni...satu adunan muruku ni boleh dapat banyak tau...rasanya 4 balang besar. Seisi keluarga dapat makan muruku ni puas2.. Tp letihnyaaa...alahaiii.. setelah seharian bersilat kat dapur. Hmmm...hasilnya pula memang berbaloi-baloi.. Resepi muruku meletops ni...lyza salin dari Facebook Chef Zubaidah Che Pa . Tq chef sebab sudi berkongsi resepi muruku yang mmg meletopsss ni.. dan sememangnya rangup dan sedap.. Krup..krap..krup..krap....mengunyah sambil tengok TV...sedar2 je dah satu balang abis..ngunyah mmg tak berhenti.. pic acuan muruku...amik dari google.. gunakan acuan 4 penjuru. MURUKU MELETUP SUMBER : CHEF ZUBAIDAH CHE PA (FB) BAHAN2 250gm Marjerin - cairkan dan sejukkan 1 bungkus @ 500g Tepung Kacang kuda 2 bungkus @  500g + 500g Tepung pulut 2 biji Telur 30gm Jemuju/lemuju - disangai dulu dan kisar halus 3 sudu besar S...

ROTI JAGUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Maaf ye lyza baru nak update entri yg tertunda nie.. banyak sangat urusan sampai x sempat nk update... minggu ni mood 'meroti' pulak.. resepi ni lyza terjumpa di FB (kelab roti).  Resepi ni kepunyaan Musalmah Yusof . Mmg teringin nak cuba Roti jagung ni.. tercapai jugak akhirnya... Kaedah membuatnya pula lyza cuba buat cara Ros Jintan Manis (Bukan Sekadar Masakan) ..mmg mudah. Memandangkan lyza x de breadmaker...uli pakai tangan jerrr...xercise sikit..hihi.  Oklah..jom layan resipi dan pic di bawah..   ROTI JAGUNG  SUMBER : PN. MUSALMAH YUSOF Bahan-bahannya ( untuk doh roti) 500g tepung roti (tepung high protein) 125g gula pasir 8g garam 20g susu tepung 20g yis kering 5g bread improver 60g planta@marjerin  100g jagung creamy (dlm tin) 1 biji kuning telor 100g air sejuk 100g ais * untuk gliss (egg wash)   *  1 sudu besar susu segar dan...

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Assalammualaikum dan selamat pagi semua....  Hari ni lyza nak kongsikan resepi agar2 santan gula melaka yg lemak berkrim ni..mmg lyza suka sgt agar2 ni..tambah2 lg cuaca yg semakin panas kat KL nie.. Kali ni lyza cuba resepi dari naz@ovenkecil . Ramai jugak kwn2 blogger dah mencuba resepi agar2 ni..antaranya Kak Yatie@"Sinar Kehidupanku"  dan Hana@(hanamemories) . Mmg senang sgt.. dan yummy..kejap je dah licin.  AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA Sumber : Naz@CuteOven Bahan-Bahan Bahan A 4 cawan air 250gm gula melaka - cincang sedikit gula pasir (jika perlu) 1 helai daun pandan (disimpul) Bahan B 10gm atau 11g serbuk agar-agar Bahan C 1 cawan santan @ satu kotak kecil santan KARA [200g] ( lyza gunakan 1 cawan air + satu kotak santan KARA [200g]) .  1 biji telur secubit garam   Cara-Cara Masak bahan A hingga gula larut dan tapiskan. Masak semula bahan A dan masukkan  bahan ...

PORTUGIS TART

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..  Hari ni saje je nak tayang Portugis tart yang baru lyza buat pada Ahad lepas. Atas permintaan anak lyza yang mmg suka makan portugis tart ni. Kesian jugak...ari2 dok tanya bila ibu nak buat Portugis Tart nie. Memandangkan dah lama x buat portugis tart ni....zzzzzzzzzzz....malasnya nak buat...hihi.. Ok...x pe. Lyza cuba "merajinkan" diri..pagi2 lepas bfast...terus singgah kedai bakery...mencari bahan2 untuk buat pastry.  Alhamdulillah.. dapatlah makan portugis tart ni.. wah.. anak2 lyza suka sgt. Insyallah..boleh buat lagi pas nie.. Jom layan pic kat bawah nie.. PORTUGIS  TART @ PORTUGUESE EGG TART Bahan Untuk Flaky pastry :  Bahan A 500g  Tepung gandum 250ml  Air 35g  Butter/marjerin 6g  Garam 15g Gula castor Bahan B 300g  Pastry Margarine Untuk buat crust : 1. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk mixer dan pukul selama 5 minit atau s...

Kek Chiffon Labu Kuning

Assalammualaikum.... Dah lama sebenarnya PUMPKIN CHIFFON CAKE ni dalam list cuma x rajin lagi nak buat. Kebetulan ada balance2 labu kuning semlm dalam peti sejuk. Dapatlah membuat kek chiffon yg lemak berkrim, moist dan gebu ni.  Mmg sedap kek campuran buah labu ni.. klu nak tau..dari sudut kesihatan pula.. buah labu kuning ni banyak khasiatnya kerana   mengandungi vitamin A dan C...8)  Okla..lyza nak kongsikan bersama resepi kek chiffon labu @ pumpkin ni.. resipinya ada di dalam buku "Chiffon cake is done" .. oleh chef Kevin Chai. Hasilnya mmg puas hatiii..gebu dan sedap sgt.. alhamdulillah.  Selamat mencuba... Campuran semua Bahan2 A...pukul sehingga adunan sebati.  Ni pulak Bahan2 B..Putih telur dipukul smp berbuih..baru masukkan cream of tartar dan gula kastor. Pukul smp jd kental (meringue) ye. * Note...Klu boleh gunakan telur yg fresh...jgn gunakan putih telur yg sudah cair kerana susah nk kembang nnt). Campuran Adunan ...

Kerepek ngaku @ arrowhead

Assalammualaikum.. Semalam baru cuba buat kerepek ngaku ni.. first time rasa...mmg sedap. Dulu klu jenjln kt Tesco, Carrefour nampak gak buah ni tp cuma jeling jela.. ramai kaum wanita cina yg sibuk memilih buah ngaku ni utk dibeli. Dalam hati..mmg tertanya2 apa diorg buat dgn buah tu?? Bila tgk ramai kwn2 blogger dah cuba buat kerepek ngaku ni antaranya Kak Yatie @ Sinar kehidupanku , Kak Lina @ Terminal hijrah ...teringin lak lyza nak cuba buat sendiri..nak cuba rasa..ttg kerangupan buah ngaku ni. Ada kawan2 chinese kata buah ngaku ni diimport dari China..biasanya musim chinese new year je ada buah ngaku ni. Kalau nak beli dah siap agak mahal jugak..baik buat sendiri..katanya. Senang je rupanya..mmg berbaloi klu buat sendiri di rumah. Cepat dan paling penting sekali 'fresh'...lepas goreng terus ngappp...hehe. Inilah rupa buah ngaku@arrowhead tu.. Kupas dulu kulitnya dan basuh bersih2...tp jgn dibuang 'jambulnya' ye..supaya senang nak sagat nnt. ...