Tuesday, October 27, 2009

Ayam Masak Merah



Resepi Ayam Masak Merah

1 ekor Ayam - dipotong 8 atau 12

Bahan Kisar
12 biji Cili kering 
4 biji Lada Merah
2 biji Bawang Besar
5 biji Bawang Putih
1 1/2 cm Halia

3 batang Serai - dititik
2cm Lengkuas - diketuk
1 biji Bawang besar - di mayang bulat
Sedikit Garam
Sedikit Perasa
Sedikit Gula
Sedikit Air (agak2)
1 tin kecil Tomato Puri (klu x de lih guna buah tomato yg dah dikupas kulitnya & dilecek)
Sos Cili
Sos Tomato

Bahan Tumis
3 biji Buah Pelaga
3 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
1cm Kulit Kayu Manis

Cara-caranya
1. Ayam dipotong, basuh, perapkan dengan serbuk kunyit & sedikit garam dan digoreng.
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan penumis, Serai, Lengkuas dan bahan kisar. Tunggu sampai pecah minyak.
3. Masukkan  pula Sos Tomato, Sos Cili dan Tomato puri. Tunggu sekejap.
4. Masukkan Sedikit Air, Garam, perasa dan Gula juga Bawang yg dah dimayang bulat.
5. Akhir sekali masukkan Ayam yg telah digoreng tadi.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...