Thursday, December 24, 2009

Kek Span Pandan

Resepi ni kepunyaan sweet4ever@myresipi.com mmg sedap dan lembut. Ni percubaan aku yg pertama.

 
Bahan2nya:
150gm Tepung Superfine
150gm Gula Castor
5 biji Telur (Gred A)
1 sudu besar Ovelette
80ml Air Daun Pandan
80ml Minyak/Mentega cair
1 sudu teh Pes Pandan
1 sudu teh Sebuk Penaik
Sedikit perwarna hijau

1. Satukan Gula, Ovelette, Tepung, Serbuk penaik & Telur dlm mangkuk adunan. Pukul selama 5 minit dengan kelajuan tinggi sampai gebu dan pekat.
2. Perlahankan laju, masukkan Air pandan, pes pandan dan warna hijau. Pukul degan kelajuan tinggi hingga ringan.
3. Tuangkan Mentega cair dengan mengunakan senduk kayu.
4. Griskan acuan 8 X 8 X 3 (4 segi). Bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 150C - 180C.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...