Monday, February 7, 2011

Bahulu Soda Pandan Wangi

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..semoga semuanya ceria hendaknya..terasa lama lak x bersiaran..hehe..cuti lepas byk masa berjalan2 di KL je ..memandangkan musim hujan yg x henti2 di luar..alhamdulillah semua dh kembali sedia kala..

Ok..minggu ni.. lyza cuba resepi ni pula dari Kak Fida@myresipi.com Bahulu Soda Pandan Wangi..lebih kurang cam apam mekar gk..cuma bahan tambahan Air Soda dan esen pandan..mmg lembut, alhamdulillah mmg x mengecewakan..cuma ter'over' look..cara2 membuatnya..dlm resepi sepatutnya adunan yg telah siap diambil 1/4 utk diletakkan pewarna hijau tp lyza bahagikan 2 (satu hijau n satu plain)..bile dh siap kukus baru perasan x 'cun' mcm kueh Kak Fida buat..hehe..Sori kak fida..lain kali lyza cuba lagi ye..Terima kasih jugak pd Kak Fida yg sudi berkongsi resepi ni..8-)



 Sumber : Kak Fida@myresipi.com

 Bahan-bahan ( Lebih kurang 60 biji, acuan lompang )

250g tepung gandum - diayak (2 cwn + 3 sb)

200g gula halus (1 cwn) 
  
2 sk ovallete 
 
200 ml air soda ( ice cream soda/sprite ) = (1 cwn)

2 biji telur 
 
1/2 sk esen pandan 
 
1/2 sk garam 
 
sedikit pewarna hijau 
 
secukup papercup 

 
Cara-caranya : 

1. Panaskan kukusan.Acuan lompang/alum diisi dgn papercup dan ketepikan. 

2. Satukan kesemua bahan2 kecuali pewarna ke dalam mangkuk mixer.

3. Pukul hingga sebati dan kembang lebih kurang 6-7 min. (10 min jika menggunakan hand mixer). 

4. Ambil 1/4 bahagian adunan dan warnakan hijau. 

5. Bubuh adunan putih ke dalam acuan hingga 3/4 penuh. 

6. Tindihkan dengan sedikit adunan hijau di atasnya.Buat hingga habis. 




7.Kukus kuih sehingga 10-12 min. utk acuan kecil dan 15 min utk acuan besar... hingga mekar.. sejukkan kuih dan boleh dihidangkan.. 
  
Tips dari Kak Fida :  

1. pastikn adunan dipukul dgn kelajuan tinggi hingga berubah warne dan pekat dan kukus adunan dgn api yg kuat, tk perlu lama2...insyaAllah kueh akan mekar dn lembut.. 


2.  yg tak mekar sebab tk dialas papercup...klu gunakan mangkuk muffin...lebih cantik jika menggunakan mangkuk muffin size S...


3. pastikan penutup kukusan dibalut kain utk mengelak air wap drp menitik...
 
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...