Monday, May 21, 2012

KUIH PUTERI AYU

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua teman2 blogger dan semua pengunjung semoga sihat sejahtera hendaknya.

Entri kali ni pula resipi Kuih Puteri Ayu a.k.a Tiwul Ayu antara kuih favourite.. juga KIV sekian lama..barula berkesempatan nak buat. Cuma Lyza buat 3 kaler...biar nampak ceria sikit..

Thank you..Kak Azita sudi berkongsi resepi..mmg sedap lebih2 lagi makan di ptg2 hari..kejap je dah 'selamat'..hehe

Resepi yg original boleh tengok di sini.



Bahan-bahan ( 40 biji - bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan 

  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi) 
 

Cara-cara

  • Panaskan kukusan.  
  • Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati. 
  • Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. 
  • Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit. 
  • Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.



2 comments:

nur said...

cutenya..colourful lak tue..hee..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda...

Lyza said...

Tq nur..sudi singgah cni. Lyza pon dh bls kunjungan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...