Thursday, October 25, 2012

DONUT TOFU...mmg lembut..

Assalamualaikum semua..lama betul lyza x update entry ni..bukan x nak tapi sebab bz sikit..more then the bees..(yeke?)...lebih kurangla..hehe.

Hari ni lyza sempat sediakan Donut Tofu ni utk famili..donut tofu ni mmg Lembut je..seriously sedap dan gebu. Resepi ni lyza amik dari umah Kak Yatie@Sinar Kehidupan..mmg mmgoda betul..

Donut ni permintaan anak lyza yg suka sgt kuih donut. Kalau boleh hari2 dia nak suruh buatkan kuih donut ni.. Penyediaannya pon kene buat awal2. Memandangkan lepas menguli...tunggu hingga doh donut tu naik 2x ganda. Hasilnya...mmg x mengecewakan..alhamdulillah..


Resepi Donut Tofu ni dari Ros@Jintanmanis..yg mmg pakar buat donut dan roti. Terima kasih Ros atas kesudian kongsikan resepi donut yang sedap ni..

Kalau x caya..bolehla cuba resepi ni ye.....Hasil dari resepi ni lyza dapat 36 biji semuanya..mmg berbaloi-baloi..




 Bahan-bahan
  • 300 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung roti (ganti dgn tepung gandum pun boleh)
  • 125 gram taufu lembut@ cotton tofu
  • 1 1/2 sudu besar susu tepung / skim milk
  • 1 biji telur (dipukul sedikit mengunakan garpu)
  • 160 ml susu suam@air suam - Saya uli guna tangan, tuang air sikit2 sehingga menjadi doh yg dikehendaki
  • 40 gram shortening (saya letak 1 1/2 sudu besar)
  • 4 sudu besar gula
  • 6 gram yis (saya letak 2 sudu kecil)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.
Cara membuat Doh :  

Kaedah 1 : Penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. 

Kaedah 2 : Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tips untuk dapat doh yang lembut : Ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. 

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 

Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan dengan menggunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Nota: Ros bentukkan donut taufu ni macam anyaman dan pintalkan, boleh lihat DISINI bentuk donut yang dipintal tu, lepas tu goreng macam biasa, kasi lain sikit rupanya, anak-anak pun suke. topping saja donut ni ikut selera masing2, boleh dicelup dengan coklat bagi menaikkan lagi rupa donut taufu lembut ini, Selamat Memasak semua.



Donut Tofu sebelum digoreng..lepas direhatkan 6 - 8 minit..


Donut yg dh digoreng sebelum disalut dgn gula...yg putih tu pula utk difrozenkan..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...