Thursday, December 6, 2012

Kek Pisang

Assalammualaikum..

Weekend lepas mmg dah niat nak buat Kek Pisang ni
. Kebetulan ada beberapa biji pisang berangan yang dah masak ranum tapi tak habis lagi so kenala habiskan seberapa segera..memandangkan pisang memang tak boleh di simpan lama.


Resepi Kek Pisang ni dari umah evelyn germina. Bila tgk gambar kat blog evelyn  terus teruja nk mencubanya. Mmg gebu dan lembut. Cara membuatnya pon senang. Terima kaseh buat evelyn yg sudi share resipinya ye..8-)






Kek Pisang
Sumber :http://mybakingworkshop.blogspot.com

Bahan2:
A
250g butter
230g gula kaster

B
5 biji telur gred A

C (di ayak)
300g tepung gandum
1/2 sk susu tepung
1 sk baking powder

D (satukan)
200g pisang, dilecek
Secubit garam
1/4 sk esen pisang

Cara membuatnya:

1. Pukul bahan2 A hingga lembut.

2. Masukkan bahan B satu persatu & pukul hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan2 C, gaul sebati.

4. Akhir sekali, masukkan bahan2 D, pukul sebati.

5. Tuang adunan kek ke dalam acuan bersaiz 8' yang telah di gris & di alaskan dengan kertas minyak.

6. Bakar pada suhu 160 C selama 30 - 40 minit atau hingga kek masak.


Selamat mencuba....




4 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

memang terserlah kegebuannya!

Lyza said...

Tq Kak Sari..mmg gebu you..

hana said...

salam lyza....
suke sgt kek pisang. lebih2 lg kalau lyza tolong buat... hihihi

maz said...

Salam singgah dri bahrain lyza...mksih ye sdi singgah dpur kcik maz tu...smga lyza sklrga sihat hndaknya..smga jmpa lgi ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...